Tindakan personaliti media sosial dikenali Nadira Isaac memuat naik foto bersama Pencetus Ummah (PU) Amin semasa menghadiri majlis berbuka puasa di laman Instagram mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.
Rata-rata pengikut mempersoalkan kehadiran PU Amin di majlis tersebut dan niat usahawan berusia 21 tahun itu berkongsi foto berkenaan yang dilihat kurang sesuai untuk tatapan umum. Tampil menjelaskan tujuannya hadir ke majlis berkenaan, penceramah bebas ini memberitahu dia diundang bagi menyampaikan tazkirah agama sebelum acara bermula. Sebagai pendakwah, PU Amin atau nama sebenar Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 30, berkata, dia perlu mendekati pelbagai golongan masyarakat. "Dakwah bukan sekadar di masjid dan surau sahaja, saya hadir memberi tazkirah dan nasihat iman kepada mereka semua... semoga menjadi asbab hidayah untuk mendekati golongan seperti ini.
"Doakan agar dakwah dapat diluaskan. Dakwah di lorong-lorong, kelab-kelab malam perlu dilaksanakan agar dapat menarik mereka kepada cinta Allah dan Rasul," katanya menjawab komen salah seorang pengikut diperkongsian terbaharunya di laman Instagram. Pengikut berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila Nadira memuat naik foto bersama PU Amin dalam keadaan kurang sopan kerana memperlihatkan bentuk tubuh. "Entahlah kenapa saya rasa orang yang jemput ustaz tu macam mempermainkan ustaz sebab yela sebelum ini kan PU Amin antara orang yang lantang menentang golongan itu. "Ini macam nak mempersendahkan PU Amin dengan bergambar tonggek macam itu, pakai terdedah sana-sini, transgender hmmm," tulis pengikut tersebut. Difahamkan PU Amin diundang bagi menyampaikan tazkirah semasa majlis berbuka puasa dan pelancaran produk kecantikan Troieka yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. Sementara itu, Nadira menerusi Instastory memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dengan perkongsiannya itu. "Maaf atas fitnah. Niat saya panggil PU Amin hanya untuk memeriahkan suasana, tak sangka viral," tulisnya. Perkongsian Nadira itu menerima kritikan netizen dan ada yang menganggap ia sebagai salah satu taktik publisiti bagi mempromosikan produk jualan miliknya. Sumber: mStar/IG PU Amin & Nadira Isaac
|
capiloton replied at 19-4-2021 02:55 PM
bukan main suka ostad di apit oleh 2 ekor succubus
ADVERTISEMENT