CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Duit Simpanan Habis Setengah Juta, Shaheizy Sam Tak Putus Asa

19-4-2021 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9009| Komen: 59

Pelakon Shaheizy Sam atau Sam, 39, mendedahkan dia pernah kerugian RM500,000 dalam sebuah perniagaan diceburinya pada 2018 lalu.

Enggan mendedahkan butiran perniagaan apa, Sam berkata insiden itu antara pengajaran terbesarnya selain beberapa kali ditipu setiap kali memulakan mana-mana perniagaan.


Lebih menyedihkan, wang digunakan itu adalah hasil daripada simpanannya sendiri. Namun dia mengakui kerugian itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari wang bagi memulakan perniagaan baharu.

Foto: IG

"Saya bukan orang kaya, semua itu memang duit simpanan sendiri. Pada awal masuk dalam bidang ini (perniagaan), saya hilang RM80,000. Kemudian saya kumpul lagi. 

"Saya sekali lagi diuji apabila kehilangan RM500,000 pada 2018 lalu, namun saya tak boleh serik. Bagi saya duit bukanlah satu isu yang patut menjatuhkan seseorang dalam perniagaan jika nak berjaya," katanya.

Pelakon filem Polis Evo terbabit sebaliknya tidak patah semangat dan mahu terus positif. Baginya, dia menganggap kerugian sebegitu asam garam untuk berjaya dalam perniagaan dan perlu diambil secara positif.


"Sebagaimana Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez dan hartawan terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, mereka juga mempunyai kesukaran dan kepayahan tersendiri sebelum berjaya.

"Kenapa mereka boleh? Semua kesusahan itu terpulang pada kita. Jangan biarkan ia menghalang, sebab selalunya yang menjadi penghalang itu adalah diri sendiri," katanya.

Baru-baru ini, Sam melancarkan perniagaan baharu miliknya iaitu produk makanan berasaskan coklat, Syoklat! SyokoTube. Dia berazam mahu meluaskan perniagaan itu ke seluruh Asia Tenggara.



"Saya sedar makanan berasaskan coklat adalah produk yang mendapat permintaan di seluruh dunia. Justeru, saya tahu produk yang dihasilkan berpeluang untuk pergi jauh.

"Insya-Allah, sekiranya diberi peluang dan mendapat sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, saya yakin jalan untuk memasarkan produk ini selain di Malaysia lebih cerah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-4-2021 03:18 PM
Bosanla kau busuk kerak, dari bini kau yg muka mcm bibik kelas bawahan, adik ipar kau muka tua, akak ipar kau yg sama2 berbadan bunjut macam kau, mesti nak cerita kegagalan silam hasil didikan si gemuk othman jijan. Sesuai la Tuhan temukan jodoh yg sama busuk hina berkerak muka tua
Quote prettyuglybabe 19-4-2021 03:28 PM
ayat jijang semang sangat
Quote taji2906 19-4-2021 03:30 PM
rimas plak tengok muka tak kemas mcmtu.
Quote rainbowrainz 19-4-2021 03:38 PM
Bini kau over bini kau bingit bini kau mulut hauk satu team dengan fam lopak..sssoooo sheessshuuwaaii
Quote msamyrazi 19-4-2021 03:41 PM
pasangan yang menjuarai carta pasangan kepam . no 2 jatuh kepada pasangan yang baru sebulan kawin tapi dok pukul canang macam dah 10 tahun kawin .
Quote lanse 19-4-2021 03:45 PM
Sam sekarang tersangatlah kepam
Quote green~tea 19-4-2021 03:47 PM
Kontot yaaa badan sam ni
Quote silampumeja 19-4-2021 03:51 PM
Product 2018 dia tu product kurus tu kan... Yg dia gigih kuruskan badan laju2 tu
Quote bedahmenjuyah 19-4-2021 03:58 PM
Apa2 la korang mmg tak relevan lah
Quote iminidin 19-4-2021 04:12 PM
silampumeja replied at 19-4-2021 03:51 PM
Product 2018 dia tu product kurus tu kan... Yg dia gigih kuruskan badan laju2 tu

produk yang tahun lepas diharamkan di Singapore tu kan...
Quote dudaberhias 19-4-2021 04:14 PM
silampumeja replied at 19-4-2021 03:51 PM
Product 2018 dia tu product kurus tu kan... Yg dia gigih kuruskan badan laju2 tu

Ha'ah produk tu la kot sebab tahun ni hanya ada news pasal produk kurus heols tu jah, by the way iols rasa propa je rugi separuh juta tu, tu basically harga total pasaran yang dia letak. Cuba kalau harga modal, mesti dalam 50k jah. Kan dia muflis? Motip nak tambah lagi kerugian atau hutang 500k?
Quote silampumeja 19-4-2021 05:00 PM
dudaberhias replied at 19-4-2021 08:14 AM
Ha'ah produk tu la kot sebab tahun ni hanya ada news pasal produk kurus heols tu jah, by the way i ...

Musim retis keluarkan kesusahan diri demi  menunjukkan hasil kekayaan pula pasni... Modul zizang bagi kat anak2 buah kan untuk siapkan... Biashe3e dia
Quote DianaSaksen 19-4-2021 05:05 PM
Lepas kawin merundum sendu terus ko sam
Syukri yahaya juga mendonia gitu
Quote samshik 19-4-2021 05:12 PM
Sygnyaa.. Pdhal dlm polis evo.. Sgt berjenis ko ni Sam..
Quote TerataiMelur02 19-4-2021 05:13 PM
lanse replied at 19-4-2021 03:45 PM
Sam sekarang tersangatlah kepam

Kan.. Kepam+busuk.
Dulu sebelum kawin nampak sam ni kemas la jugak.
Nasib la kaka faz tak sangkut, kalau tak terikut kepam sekali
Quote fazila17 19-4-2021 05:42 PM
Masa dengan Faz dulu elok la jugak Sam ni
Quote sleepandream 19-4-2021 07:05 PM
heols membuncit balik ke...
Quote littlemissyou 19-4-2021 07:09 PM
Mahal produk dia ni. Ala2 nutella tp 50ml kecik tu je dah RM10. Baik beli nutella or gardenia
Quote slyfynx 19-4-2021 07:40 PM
Taktik zizang semang.
Cite kegagalan dulu.
Pasni cite pengorbanan kat family lak

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.061983 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top