|
Usia muda dan tubuh badan kuat bukan jaminan untuk sihat selama-lamanya. Selagi bergelar hamba-Nya, pasti hidup akan berakhir dengan kematian, cuma tidak tahu bila ajal menjemput.
Sebagai anak seni, penyanyi Khai Bahar, 27, mahu mengajak peminat dan masyarakat mengingati kematian menerusi lagu yang didendangkan. Justeru, lagu berjudul Perpisahan yang dimuatkan dalam album terbaharu, Damba Ketenangan bersifat lagu ketuhanan mengenai kematian. "Kenapa judulnya perpisahan? Sebab saya nak kita sentiasa ingat mengenai kematian. Bukan sahaja saya yang menyanyikan lagu ini, tetapi semua orang tanpa mengira usia, pangkat, darjat, kedudukan atau status.
"Sebagai manusia pengakhiran kita tetap sama iaitu kematian. Cuma, bila dan bagaimana hanya Allah sahaja yang tahu. Disebabkan itu, lagu ini memberi peringatan kepada kita. Dalam masa yang sama, ia sesuai menyambut bulan Ramadan," katanya kepada BH Online. Malah, kata Khai, album Damba Ketenangan terhasil sebagai merealisasikan impian pengurus, Allahyarham Fadly Yusof yang pernah menguruskan kerjaya seninya. Allahyarham meninggal dunia September, tahun lalu akibat kegagalan jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang di Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.031626 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.