CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Ujub Atau Riak, Nash Sebenarnya Dah Lama Sertai Tabligh

19-4-2021 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2423| Komen: 1

Penyanyi Datuk Nash tidak selesa apabila fotonya bersama jemaah tabligh tersebar menerusi media sosial hingga mencetuskan pelbagai spekulasi kurang enak dalam kalangan netizen, baru-baru ini.


Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias berkata, penyertaan dalam kumpulan tabligh bukanlah perkara baharu, malah dirinya mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mendedahkannya kepada masyarakat.

"Bagi saya, tidak perlulah tular foto berkenaan kerana saya sudah lama menyertai kumpulan tabligh sekitar empat hingga lima tahun lalu. Lagipun, saya tidak mahu cerita ini disebarkan kerana enggan menimbulkan rasa ujub atau riak dalam diri disebabkan berasakan diri lebih baik dari orang lain apabila kisah ini disensasikan.

"Perkara seperti ini tidak perlulah publisiti ataupun diperbesar-besarkan. Ia juga bukan sesuatu yang baharu kerana kebanyakan lagu yang saya nyanyikan berunsurkan ketuhanan seperti Ku Dihalaman Rindu, Seruan dan banyak lagi ketika masih bersama kumpulan Lefthanded lagi," katanya kepada BH Online.


Foto: Berita Harian

Nash ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu berjudul Sesuci Ramadhan, di sebuah hotel, di sini, semalam.

Walaupun semakin aktif dalam kegiatan keagamaan, namun, bekas vokalis kumpulan Lefthanded itu berkata, ia bukanlah penghalang untuknya meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

"Perubahan ini bukanlah satu penghijrahan atau berkait dengannya, tetapi ia adalah satu tanggungjawab sebagai umat Islam. Tidak salah kita meneruskan kerjaya dalam bidang muzik, asalkan ia tidak memberi kemudaratan kepada peminat.

"Saya masih boleh berdakwah sambil menghibur," jelas penyanyi berusia 61 tahun ini.

Mengulas kemunculan single Sesuci Ramadan, penyanyi yang popular dengan lagu Pada Syurga Di Wajahmu itu berkata, niatnya hanyalah untuk memeriahkan sambutan Ramadan.

Foto: Berita Harian

"Lagipun, kita tidak ada banyak karya berkonsepkan Ramadan. Sepatutnya, single ini dibuat sebulan sebelum bulan puasa, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ia lewat dirakamkan.

"Justeru, saya perlu menggunakan tempoh sebulan ini untuk mempromosikan single Sesuci Ramadan. Saya juga berharap single ini mampu menjadi malar segar dan terus diputarkan pada tahun akan datang," ujar Nash optimis. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucim 19-4-2021 10:01 PM
Kalau minat..go on...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.041005 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top