New Delhi: Fobia dengan lipas menyebabkan seorang wanita di Madhya Pradesh, India, memaksa suaminya berpindah rumah sebanyak 18 kali dalam tempoh tiga tahun.
Tindakan itu juga memberi tekanan kepada suaminya yang kemudian berhasrat untuk bercerai. Sejak berkahwin pada 2017, pasangan itu berpindah buat pertama kali setahun kemudian. Setiap kali berpindah, si isteri akan memastikan rumah didiami bebas serangga itu. Namun, sekiranya didapati ada lipas ditemui, si isteri akan memaksa suaminya mencari rumah baharu. 'Rahsia' isterinya yang takutkan lipas itu diketahui selepas berkahwin apabila melihat wanita itu bertempiaran lari keluar rumah selepas melihat lipas.
Disebabkan takut, si isteri enggan untuk kembali ke dapur kerana bimbang akan terserempak lagi dengan serangga berkenaan. Jeritan kuat wanita itu juga menyebabkan jiran tetangga menjadi ketakutan. Difahamkan, si suami sudah membawa isterinya mendapatkan rawatan psikologi untuk mendapatkan rawatan lanjut. Namun, wanita itu enggan makan ubat yang diberikan doktor. Tindakan si suami menyebabkan wanita itu berang kerana beranggapan dia dianggap tidak waras sehingga perlu makan pelbagai ubat. -CARI Sumber: Harian Metro
|
salmon-suki replied at 19-4-2021 10:06 PM
Ai pernah kena serang ngn lipas time tido..dia naik atas bdn ai,jalan2..pstu ai tepis..eh ehhh.. sek ...
gideoncross replied at 19-4-2021 10:54 PM
Iol geli kat lipas klau bnda ni hidup, lgi2 klau dia tngh jln laju2 tu tpi klau dh mati, iol ok sk ...
ADVERTISEMENT