PETALING JAYA – Penyanyi Elyana berkongsi kepentingan dan manfaat jika memiliki insurans lebih-lebih lagi kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti yang dihidapinya. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Elyana meluahkan rasa syukur kerana mempunyai insurans yang banyak membantu daripada segi kos rawatan penyakit kansernya. “Assalamualaikum. Hai semua. Tahukan insurans itu sangat penting? Saya merupakan penghidap kanser limfoma tahap empat dan bersyukur kerana saya mempunyai insurans yang dapat membantu rawatan di hospital. “Apa yang paling penting, anda tidak akan tertekan bila sakit kerana adanya insurans yang sangat penting sebab kena fikir mana nak cari duit untuk bayar bil hospital,” katanya. Ujar Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, dia turut bersyukur kerana mendapat sokongan daripada seluruh ahli keluarga serta insan tersayang. “Malah doktor juga begitu mengambil berat tentang proses pemulihan kesihatan saya. Selepas didiagnosis menghidap kanser, saya mula sedar tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan gaya hidup yang sihat,” luahnya. Dalam perkongsian sama juga, penyanyi yang popular menerusi lagu Niat itu turut memberitahu bahawa dia mengamalkan cara pemakanan sihat dan melakukan senaman ringkas supaya badannya dapat pulih dengan lebih baik. Terdahulu, Elyana disahkan menghidap kanser limfoma sejak hampir 10 tahun lalu. Pendedahan mengenai penyakit yang dihidapinya diumumkan sendiri oleh Elyana selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017. – K! ONLINE Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
user.name replied at 18-4-2021 11:25 AM
Cik_jantung replied at 18-4-2021 11:39 AM
Sihat lagi dia ye boleh live lagi.. aku ingatkan klu dh tahap 4 tebaring je
Cik_jantung replied at 18-4-2021 11:39 AM
Sihat lagi dia ye boleh live lagi.. aku ingatkan klu dh tahap 4 tebaring je
stania83 replied at 18-4-2021 12:02 PM
ada satu pakar perubatan pernah cakap,, andaikata takdir dia, dia dapat kanser, biarlah kanser lin ...
ADVERTISEMENT