CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangguh Dulu Hamil, Tunggu Covid-19 Reda

19-4-2021 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2715| Komen: 8

Sao Paulo: Kementerian Kesihatan Brazil pada Jumaat meminta wanita negara berkenaan 'jika boleh' menangguhkan hasrat untuk mengandung.

Menurut Agensi Anadolu, kenyataan itu dikeluarkan Setiausaha Kementerian Penjagaan Kesihatan Utama, Raphael Parente ekoran Covid-19 yang masih teruk.


"Jika boleh, tangguhkan mengandung untuk seketika sehingga waktu yang lebih baik di mana anda akan mengandung dengan lebih tenang.

"Ketika negara dilanda wabak Zika, kita tahu jumlah mereka yang mengandung berkurangan untuk tempoh satu hingga dua tahun dan kini meningkat kembali," katanya.

Foto: AFP

Ketika penularan wabak Zika di Brazil antara 2015 hingga 2016, wanita yang merancang memiliki anak perlu menangguhkan hasrat itu sementara kerana bimbang kesan terhadap bayi.


Pada 2016, Brazil merekodkan jumlah kelahiran paling rendah dalam tempoh 21 tahun dan angka itu hanya meningkat tiga tahun kemudian.

"Permintaan itu tidak sesuai untuk dinyatakan kepada wanita berusia 42 hingga 43 tahun.

"Namun untuk wanita muda mereka boleh memilih waktu yang sesuai untuk mengandung selepas wabak ini kembali reda," kata Parente.

Menurut laporan, kenyataan rasmi kementerian memaklumkan justifikasi mengenai definisi, risiko membentuk gumpalan darah atau trombosis.

Covid-19 juga boleh menyebabkan gumpalan darah yang memberi risiko penyakit berbahaya ketika mengandung. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irish_ieka 19-4-2021 04:13 PM
while in malaysia, lagi ramaiiii yg mengandung kesan drpd pkp
Quote Belibis 19-4-2021 04:46 PM
Sapa laaa yang bagi harapan pelesu..covid akan tamat ..
Quote FanTasyCreaTioN 19-4-2021 05:48 PM
Thread lebih awal dah ada ...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1247520


Mohon @CARI-MRO mergekan ...


Terimakasih...


Quote CiliPadiSedap 20-4-2021 12:38 AM
So lepas ni nak make love guna lah durex atau chewing gum.
Quote CiliPadiSedap 20-4-2021 12:40 AM
Belibis: Sapa laaa yang bagi harapan pelesu..covid akan tamat ..

Tu lah rasa cm haram perangai syarikat vaksin baik2 2 dosage jadi 3 dosage . Yang lg best keluar berita kt israel covid ni ada mutasi. Baka afrika baka trisna baka friska kira varian covid ni ada yang vaksin boleh lawan ada yang mungkin tak.

Kalau baka friska guna penyapu lidi dh cukup xperlu nak cucuk bagai.
Quote notM 20-4-2021 11:11 AM
Belibis replied at 19-4-2021 04:46 PM
Sapa laaa yang bagi harapan pelesu..covid akan tamat ..

Sampai nurse frontliner pun mengandung sampai mati kena Covid sebab kena crott dengan suami dia
Quote batmana 20-4-2021 02:03 PM
skrg pn jupe baby, ada ayat , baby era covid ke sebelum ?

Quote damian_lee 20-4-2021 03:38 PM
irish_ieka replied at 19-4-2021 08:13 AM
while in malaysia, lagi ramaiiii yg mengandung kesan drpd pkp

So true .....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.042811 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top