PERNAH mengharungi episod duka selepas impian perkahwinannya musnah di tengah jalan, kisah ‘tragis’ yang berlaku kepada pelakon Zulin Aziz salin tidak tumpah seperti tajuk lagu Pelamin Anganku Musnah yang dipopularkan oleh penyanyi terkenal era 1990-an, Azie. Hati mana yang tidak terluka, namun pemilik nama lengkap Farah Azleenda Abdul Aziz itu berjaya mengutip semula sisa semangatnya. Dia bangkit mencari semangat hidup bahkan tidak pernah menutup pintu hati daripada menerima kehadiran lelaki dalam hidup. Buktinya, taman hati pelakon itu kini sedang berbunga mekar dengan kehadiran seorang lelaki yang merupakan rakan bisnesnya. USIA semakin meningkat membuatkan Zulin meletakkan had untuk tidak terlalu beria-ia dalam hal membabitkan cinta. Zulin yang digelar ramai sebagai ‘ratu ajuk suara’ selebriti itu menuai perhatian umum selepas memuat naik beberapa keping foto bersama seorang jejaka kacak dalam Instagramnya bulan lalu. Persis foto praperkahwinan, adakah lelaki itu sebenarnya cinta hati baharu Zulin seperti menjadi telahan ramai? Doakan kami Ditanya tentang identiti sebenar lelaki misteri dalam gambar tersebut, pelakon berusia 32 tahun itu pada awalnya agak berat untuk membuka mulut bagi berkongsi perihal peribadi. Keengganannya untuk berkongsi kepada HibGlam bagaimanapun perlahan-lahan cair apabila dia mengakui lelaki bernama Farhan Norzaini itu merupakan insan istimewa yang sedang merajai hatinya ketika ini. MENERIMA baik titipan doa peminat tentang jodoh, namun pada masa sama Zulin tetap menjaga privasi dan enggan terlalu menjaja perihal peribadi. “Seperti yang saya katakan sebelum ini, dia merupakan rakan niaga bagi produk makanan kami dan foto tersebut diambil untuk tujuan mempromosi bisnes tersebut. “Bukanlah untuk praperkahwinan seperti yang diperkatakan netizen. “Tetapi tidak dinafikan dia lelaki istimewa dalam hidup saya ketika ini,” katanya membuka rahsia hati. Sedang rancak berbual, pelakon drama Penjara Janji itu memberitahu pengalaman cinta tidak kesampaian yang pernah dilalui sebelum ini mengajarnya supaya tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi kepada umum. MEMBUKA rahsia, Zulin mengakui lelaki yang didakwa sebagai kekasihnya adalah insan istimewa dalam hidupnya ketika ini. Bukan mahu berahsia, namun baginya kisah cinta dan segala isu peribadi biarlah tersimpan rapi hanya untuk diri sendiri dan ahli keluarga. “Tidak kisahlah dia teman lelaki atau bukan, saya tetap dengan pendirian untuk tidak memuat naik sebarang hantaran romantis dalam media sosial. “Biarlah hanya saya, dia, ahli keluarga serta Tuhan sahaja yang tahu. Lagi pula saya bukannya jenis gemar menjaja kisah cinta dalam media sosial, rasa kurang selesa,” tuturnya lagi. TRAGEDI kisah cinta lampau membuatkan Zulin menyerahkan aturan perihal jodohnya kepada Tuhan. Ditanya impak diterimanya selepas memuat naik foto berkenaan, bekas peserta program Pilih Kasih itu mengakui ramai yang mendoakan dia berjodohan dengan Farhan. “Tidak dinafikan saya dihujani doa ramai peminat yang mahukan hubungan kami berakhir ke jenjang pelamin. Terima kasih untuk titipan doa kalian. “Doakan yang baik-baik untuk saya. Kalau boleh, saya enggan lagi melalui fasa putus cinta terutamanya pada usia sekarang. Mudah kata, tidak mahu terlampau nak beria-ia sangat. “Buat masa sekarang, fokus kami sekarang ialah mencari duit. Jika benar takdir menjodohkan kami, saya terima dengan hati terbuka. Jika sebaliknya berlaku, reda sahaja. Saya ikut sahaja aturan yang Allah SWT sudah tetapkan,” tutur Zulin optimis. Kurus pun dikutuk Beralih topik tentang bentuk badannya yang semakin ramping dan menjadi perhatian peminat, Zulin yang pernah muncul dengan single Jadikan Aku Yang Halal mengakui bersyukur dengan apa yang dimilikinya hari ini. Pun begitu, di sebalik perubahan tersebut, tetap terselit komen-komen negatif yang dilemparkan terhadapnya. TIDAK mampu memuaskan hati semua orang, Zulin mengambil pendekatan tidak melayan komen negatif dilemparkan terhadapnya. “Bukan mudah untuk dapatkan bentuk badan sebegini. Tidaklah terlalu langsing tetapi apa yang paling penting saya sihat dan dijauhkan daripada sebarang penyakit. “Cuma apabila sudah berimej begini, macam-macam pula orang kutuk. Kurus salah, gemuk pun salah. Ada pula yang kata bila sudah kurus, saya tidak kelakar seperti dulu lagi,” luahnya. Katalah apa pun, Zulin mengakui dia tidak dapat memaksa orang lain menyukai dirinya apatah lagi untuk memenuhi kehendak semua pihak. BIARLAH apa yang diperkatakan orang tentang perubahan bentuk badannya ketika ini, Zulin mahu menjalani kehidupan seperti biasa dan enggan melayan kritikan negatif. “Malas nak layan semua komen negatif. Jangan pedulikan kerana semua orang yang mengecam itu tidak beli produk saya pun. “Tetapi kalau sampai terima terlalu banyak komen negatif, saya sekat dan padam semuanya. Tidak perlu baca dan layan, boleh sakit jiwa!” ujarnya yang turut mengeluarkan produk pelangsingan badan. Ramadan 2021 Ditanya tentang sambutan Ramadan tahun ini, Zulin memberitahu tidak banyak perubahan dilakukannya.Tambahan pula, jadual sepanjang bulan puasa kali ini agak padat dengan urusan kerja dan bisnes. Dia juga turut tertawa kecil apabila mengimbau semula kenangan berpuasa pada tahun lalu ketika negara dalam tempoh menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. SEPANJANG Ramadan tahun lalu, Zulin banyak mencuba resepi masakan akibat terkurung di rumah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. “Saya tiada pengalaman sedih ketika berpuasa tetapi paling tidak boleh lupa pastilah Ramadan tahun lepas. Tiga bulan terkurung di dalam rumah. Macam-macam resipi saya masak, kuih rentung pun ada juga. “Tak tahu nak takrifkan Ramadan tahun lalu sebagai kenangan manis atau pahit. Cuma harapan saya untuk Ramadan dan Syawal tahun ini agar semuanya akan menjadi lebih baik. Semoga jumlah kes positif Covid-19 akan turun,” ujarnya mengakhiri perbualan. Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
PulutSambal replied at 18-4-2021 10:54 AM
Tibaiunta betul la dia ni. Gossip dia ni kalau tak pasal kurus, pasal jantan. Tu je la pencapaian ka ...
piao replied at 18-4-2021 10:58 AM
hahaha tu la pasai
my_irina replied at 18-4-2021 11:18 AM
Sbb ko kurus dgn short cut...org tak nampak each progress kuruss..tau tup dah kurus secara drastik.. ...
PulutSambal replied at 18-4-2021 10:54 AM
Tibaiunta betul la dia ni. Gossip dia ni kalau tak pasal kurus, pasal jantan. Tu je la pencapaian ka ...
ADVERTISEMENT