|
Polis menahan sembilan remaja di daerah Cianjur, Jawa Barat selepas mereka didakwa terlibat dalam ‘perang kain sarung’. Lapor Kompas.com, polis turut merampas lima buah motosikal dan dua kain sarung yang sudah diubah suai dengan satu daripadanya menyerupai cemeti.
Ketua Polis Cianjur, Ahmad Suprijatna berkata, kesemua remaja yang berusia antara 14 hingga 18 tahun itu ditahan ketika ingin memulakan ‘peperangan’. “Kesemua remaja itu diserahkan kepada ibu bapa masing-masing kerana mereka masih di bawah umur. “Sehingga kini, sebanyak tiga kejadian perang kain sarung dilaporkan sejak Ramadan bermula,” katanya. Jelas Ahmad, perang kain sarung itu merupakan tradisi untuk golongan kanak-kanak bermain ketika bulan puasa.
Namun, tradisi itu dilihat semakin berbahaya apabila ada pihak mengubah suai kain sarung dengan niat mendatangkan kecederaan. Sumber: Utusan
|

Adrif replied at 20-4-2021 07:00 AM
gigih aku google nak tau ape ke mende perang kain sarung ni

Adrif replied at 20-4-2021 07:00 AM
gigih aku google nak tau ape ke mende perang kain sarung ni
Adrif replied at 20-4-2021 07:00 AM
gigih aku google nak tau ape ke mende perang kain sarung ni

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
20-2-2026 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.033026 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.