Masyarakat diminta berhati-hati dengan kemungkinan penyebaran dua lagi video muzik (MV) bertemakan sambutan Aidilfitri bagi mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa dua video berkenaan hanya menunggu masa untuk disebarkan di media sosial.
“Kita baru menerima maklumat ada dua lagi video... tapi video ketiga dan keempat ini tidaklah seperti video pertama dan kedua. “Ia lebih pendek dan juga hanya melibatkan nyanyian lagu raya serta ajak orang untuk terlibat dalam aktiviti perjudian, ” katanya dalam satu temubual bersama mStar di pejabatnya pada Isnin. Sejak Khamis minggu lalu orang ramai dikejutkan dengan penyebaran dua MV raya promosi judi yang menggunakan khidmat pelakon sambilan dalam kalangan umat Islam.
Susulan itu seramai 18 individu termasuk pelakon bagi kedua-dua MV, ejen pencarian bakat, penyanyi serta kru produksi ditahan setakat ini bagi membantu siasatan. Tambah Mohamad Zainal, pada petang Isnin pihaknya membebaskan enam individu yang direman sejak Sabtu dan Ahad termasuk dua pelakon bagi MV kedua. “Apa yang kita dapat daripada siasatan awal, orang yang kita tahan mendedahkan beberapa nama dan insyaAllah kita akan kesan mereka sampai dapat. “Kita harap dalam tempoh terdekat akan ada lagi tangkapan, kita sedang berusaha dan tak akan biarkan perkara ini terus berlaku dalam negara, kita kena bertindak segera, ” katanya. Selain itu Mohamad Zainal turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian. “Saya juga ingin nasihatkan khususnya anak-anak muda apatah lagi yang beragama Islam supaya jangan terlibat dalam mempromosikan aktiviti judi. “Tambahan lagi dalam bulan Ramadan, kita minta fikir banyak kali. Jangan hanya fikir profesionalisme tapi fikir juga akidah, agama kita. “Jangan martabat dan agama ini dijatuhkan oleh orang Islam sendiri. Kita harap tak ada lagi anak muda berlakon semata-mata nak cari duit seperti ini, ” katanya. Sumber: mStar
|
pyropura: Rindu zaman PH Dap, takde iklan judi Raya waktu itu
Tinot7 replied at 20-4-2021 08:57 AM
Sblm jaman dap ph, ada ke iklan judi raya?
pyropura replied at 20-4-2021 09:12 AM
Zaman Umno dah ada iklan Lembaga Loteri Kebajikan Masharakat
Tinot7 replied at 20-4-2021 09:28 AM
Ni mcm main judi 4D je.. pero pon join sekaki ka?
pyropura replied at 20-4-2021 09:35 AM
Ada tulis jawi tuh kan, mestilah ramai kaum majoriti tuan tanah yg.burminat
Tinot7 replied at 20-4-2021 09:39 AM
Tulisan jawi tu sekadar ckp, akan diundi di Bahai pada...
Mcm yg ditulis dlm bahasa2 yg lain tu.. ...
aotearoa replied at 20-4-2021 09:44 AM
Menjadi-jadi kan sekarang ni? judi, scam, rasuah tahap dewa, polis tak amnah. dah macam Bangladesh , ...
pyropura replied at 20-4-2021 09:48 AM
Iya loteri utk.semua bangsa. Tapi bangsa majoriti tu sapa? Burundi?
Tinot7 replied at 20-4-2021 09:54 AM
Iols tak tau la loteri tu utk semua bangsa ke tak. Cuma ditulis dlm pelbagai bahasa.
Yg kuat lote ...
Decaffeinated replied at 20-4-2021 09:55 AM
"Jangan hanya fikir profesionalisme tapi fikir juga akidah, agama kita."
Jaga Thaipusam tu gugat ...
pyropura replied at 20-4-2021 09:35 AM
Ada tulis jawi tuh kan, mestilah ramai kaum majoriti tuan tanah yg.burminat
Decaffeinated replied at 20-4-2021 10:04 AM
Zaman p ramlee dulu orang2 kampung yang hanya tau baca jawi pun beli loteri. Tapi yang ni tahun 86 ...
ADVERTISEMENT