Iklan bertemakan Hari Raya yang mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian terus hangat diperkatakan. Sejak Khamis minggu lalu, terdapat dua video iklan judi raya menjadi tular di media sosial sekali gus mencetuskan kemarahan masyarakat di negara ini.
Ia dianggap tidak sensitif berikutan promosi tersebut bukan sekadar menggunakan pelakon Muslim, malah dibuat ketika umat Islam mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Doktor selebriti, Dr Say Shazril turut berkongsi pandangan beliau mengenai penularan video muzik (MV) bertemakan Aidilfitri yang menggemparkan negara. "Kata mereka, mereka cuba bersikap profesional by going with the flow apabila di set penggambaran tapi kalau rasa job tu bertentangan dengan agama, job tu akan mencemarkan imej anda dan kerja itu akan memberi kesan buruk, anda sepatutnya katakan tidak," tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Sharuddin turut berkongsi pengalaman beliau menjadi pelakon iklan bagi produk pencuci tandas. "Sekurang-kurangnya dik, duit yang uncle terima bersih dari segi agama dan dari segi kuman," ujarnya. Dr Say bagaimanapun amat bersimpati dengan kesemua pelakon yang terlibat dalam iklan judi Aidilfitri berkenaan. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT