Baru-baru ini, tular video empat suspek dipercayai melanggar serta menyamun pemandu kereta lain di media sosial. Namun, wajah salah seorang suspek menjadi perbualan hangat di kalangan netizen gara-gara wajahnya dikatakan seiras artis hiphop terkenal iaitu Joe Flizzow.
Pada mulanya, Joe Flizzow hanya tergelak dan bertanya apa yang telah dilakukan lelaki terbabit sehingga ramai yang mengatakan bahawa wajah mereka sama. Ramai yang terhibur serta menjadikan ia sebagai bahan lawak dengan menggunakan gambar tersebut sehingga Joe Flizzow memuat naik videonya yang menafikan bahawa individu yang tular berkenaan bukan dirinya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan memang muka lelaki berkenaan sama seperti Joe Flizzow. Malah ada juga yang mengatakan lelaki itu merupakan ‘dua pupu’ kepada Joe Flizzow. Sumber: OhBulan
|
djzara81 replied at 20-4-2021 08:05 AM
Gelak kekek aku tgk Joe Flizzow sound. Tapi nmpk rempit disitu
salimrock replied at 20-4-2021 09:19 AM
teringat lyric joe flizzow, lebih kurang cam ni ar,
budak subang jaya, memang ada gaya... mcm har ...
nanasno replied at 20-4-2021 12:38 PM
aiyo teperanjat tengok video heols tu. nampak lebih kurang sama jah rempit dengan pakcik tu
ADVERTISEMENT