Komposer dan penyanyi Faizal Tahir, 43, mengambil keputusan berehat panjang dalam industri muzik selepas Aidilfitri nanti bagi memberi fokus kepada kehidupan peribadi.
Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir berkata, dia sudah terlalu penat akibat bekerja tanpa henti sejak 2015 namun terharu dengan sokongan berterusan diterimanya. "Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang setia di sisi sepanjang perjalanan ini. Sama ada sejak hari pertama ataupun baharu semalam, terima kasih tak terhingga dari hati saya yang terdalam. "Sejak Assalamualaikum pada 2015, saya kerja tanpa henti. Anatomi, Rojak, Qibla, dan projek-projek lain memang sangat berbaloi. Alhamdulillah. Tapi saya sudah kehabisan tenaga dan kepenatan itu sangat nyata.
"Qibla adalah buah tangan terakhir saya kepada anda semua sebelum berehat panjang selepas Aidilfitri. Saya amat memerlukannya untuk keluarga dan diri-sendiri," katanya.
|
mishungu replied at 20-4-2021 03:01 AM
Tgh dgr lagu aku tanpa cintamu 2021 nmpk pulak benang ni.. Kebetulan sgt.. Hehehe
ADVERTISEMENT