Klang: Mekanik maut selepas dihempap bas persiaran sedang dibaikinya di bengkel kenderaan di Pandamaran dekat sini, semalam. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Hussin Ab Rahman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Hermang Amir, 33, maut di tempat kejadian.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.31 malam dan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi kemalangan. "Sebaik sampai di lokasi, didapati berlaku kemalangan yang mana seorang lelaki warga tempatan tersepit di bawah bas yang sedang dibaikinya. "Bagaimanapun, mangsa sudah dikeluarkan orang awam dan disahkan meninggal dunia.
"Bas berkenaan dipercayai mengalami kerosakan 'air balloon shock absorber' (alat tambahan menyokong penyerap kejutan untuk membuat bas lebih stabil) yang bocor menyebabkan bas menghempap mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -CARI Sumber: Harian Metro
|
eyansss replied at 20-4-2021 12:42 PM
salam takziah... aku takut betul tengok mekanik repair kereta nak2 kereta tergantung n diorang kat ...
ADVERTISEMENT