Polis sedang mengesan bapa tiri yang dipercayai menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun didapati positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina. Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata laporan itu diterima daripada doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (Wad Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur) berkaitan ujian air kencing yang dijalankan terhadap kanak-kanak tersebut pada tiga hari lepas.
Mohd Fazley berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dijaga oleh bapa tirinya di Nilai pada 14 April lepas. “Keesokan harinya, ibu kepada kanak-kanak itu telah membawa anaknya ke hospital untuk mendapat rawatan kerana melihat anaknya berkelakuan aneh dan tidak seperti kebiasaanya. “Rawatan yang dilakukan di hospital berkenaan mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina,” menurutnya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata alamat terakhir lelaki yang bekerja sebagai tukang jahit pakaian bernama Mohd Faresh Khalid berusia 38 tahun di C-13-7 Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan PT 8413 Jalan 5/4B, Taman Desa Jasmin, Nilai. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 14(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Sumber: MalaysiaGazette
|
nazzse replied at 21-4-2021 08:08 AM
Bangla ke?
zarulnazmi replied at 21-4-2021 07:22 AM
lebih baik hukum mati je lelaki tu
Carcosa replied at 21-4-2021 09:46 AM
Kau kalau gatal bijik, boleh tak tahan bijik kau tu pakai getah??!! Aku paling salahkan si mak. Kau ...
nad014 replied at 22-4-2021 10:28 PM
ramai perempuan mcm ni , susah nak tahan bila malam menjelma
Buritan replied at 21-4-2021 08:25 AM
Sbb tuu bg aku laaa. Kalo dah berdadah tuu tak leh buat ape dahh.. tembak ajee.. kawan aku keje aa ...
ADVERTISEMENT