Seorang lelaki digelar sebagai adiwira selepas dia berlari lebih 30 meter di sepanjang landasan bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada digilis kereta api. Memetik AFP, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan aksi pantas Mayur Shelke menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan kisahnya tular dalam media sosial.
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu terpisah dengan ibunya di stesen Vangani yang terletak kira-kira 70 kilometer ke timur Mumbai apabila dia terjatuh ke atas landasan. Budak lelaki itu menangis ketakutan dan Shelke yang mendengar tangisan itu terus berlari menuju ke arah kanak-kanak berkenaan. Rakaman CCTV menunjukkan lelaki berusia 30 tahun itu mencapai kanak-kanak tersebut dan meletakkannya semula ke atas platform.
Tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut apabila dua saat kemudian, kereta api Udyan Express melalui landasan berkenaan. Sumber: Utusan
|
highcastle: Edited by highcastle at 21-4-2021 08:23 AM Videonya.. q6kBfeDGYVc
Carcosa replied at 21-4-2021 09:42 AM
Ya Rasul.... Senak perut meols tgk video ni aihhhh
Yg merangkak2 tu sapo oiii?? Adoilah. OKU ...
eyansss replied at 21-4-2021 10:41 AM
kalau mak dia terus pegi n tarik anak dia, insya Allah sempat... cuma confuse kenapa dia dok mera ...
Carcosa replied at 21-4-2021 12:29 PM
Setuju. Kalau mak dia bkn OKU, mmg sempat je. Cuma kena agile lah kan. Sbb nak kena lompat turun, ...
eyansss replied at 21-4-2021 12:40 PM
sebenarnya mak dia boleh je pegi dekat n tarik anak dia naik... tak perlu lompat turun cuma masin ...
dee4ellese replied at 21-4-2021 11:24 AM
nampak mak dia macam saje je nak bagi budak tu jatuh kena gilis... dah la jalan ketepi sangat sampai ...
cik.secreto replied at 21-4-2021 01:09 PM
baca komen dekat utube maknya buta tu yg merangkak teraba2 kot
ADVERTISEMENT