Baru-baru ini, Oksana Voevodina atau dikenali dengan nama Rihana Oksana berkongsi mengenai isu perceraian. Wanita yang memegang gelaran Ratu Cantik Moscow pada 2015 ini mempersoalkan mengapa pasangan boleh bercerai. “Ada sebab lain mengapa pasangan bahagia boleh bercerai? Menurut saya, segelintir lelaki menaruh harapan yang tinggi daripada seorang wanita. "Mereka mahu pasangan mereka bekerja dan kelihatan hebat, boleh memasak dan membuat kerja rumah, dalam masa sama menjadi teman dan kekasihnya. “Manakala kaum lelaki hanya mahu pergi bekerja sahaja. Tetapi wanita di Rusia, mereka bekerja sama seperti kaum lelaki. Jadi pertengkaran dan perselisihan faham bermula, bukannya saling membantu.” “Sudah tentu, mungkin ada sebab lain juga. Mari kita bincangkan bersama, apa yang anda fikir adalah sebab utama perceraian? Dan siapa yang lebih cenderung untuk dipersalahkan, lelaki atau wanita?” tulisnya di Instagram.
Kenyataan Rihana ini seolah-olah memberi gambaran tentang perceraian yang dialaminya sebelum ini. Menurut sumber dari New Straits Time, pada 22 Jun 2019, bekas suaminya yang merupakan kerabat diraja di Malaysia menceraikannya di Singapura dengan talak tiga. Sebelum bercerai, dia melahirkan cahaya mata sulungnya bernama Ismail Leon pada Mei 2019. Sumber: Murai
|
duffyduck replied at 23-4-2021 06:19 AM
Tak habis2 lg meroyan. Mmg xleh nk move on eh?
makcun14 replied at 3-5-2021 09:09 PM
Laa kan dia sebut Russian marriages. Abegong tu rusia ke sis?
Komen komen kat sini bitter amat yach ...
darlingangel replied at 4-5-2021 09:53 PM
Ni tak abis abis nak relate anak dia dengan Tuanku. Belikan budak tu Porsche Cayyene putih lah...ter ...
CatMiow replied at 5-5-2021 07:02 AM
Kan kesian kat anak dia, tu pun ada juga yg memuja dan memuji dia.
Yang lepas tu lepas la, k ...
CatMiow replied at 4-5-2021 11:46 AM
Beza umur bukan penentu perceraian, niat mula2 kawin tu, dah dua2 pun niat tak elok, jadi gitu la ...
CatMiow replied at 4-5-2021 11:46 AM
Beza umur bukan penentu perceraian, niat mula2 kawin tu, dah dua2 pun niat tak elok, jadi gitu la ...
darlingangel replied at 5-5-2021 11:17 PM
Dia ni beauty queen suam kuku. Bukan muka staple Russian pun..tak la porcelain beauty..
Dia cub ...
ADVERTISEMENT