|
Sebuah syarikat dari China menghasilkan sut badan berotot yang memberi ilusi bahawa pemakanya mempunyai bentuk badan tegap dan sasa, lapor laman berita Oddity Central. Sut badan silikon itu memberi peluang kepada lelaki untuk mendapatkan bentuk badan idaman tanpa perlu melalui rejim senaman ketat di gimnasium.
Dihasilkan oleh syarikat bernama Smitizen, sut tersebut didatangkan lengkap dengan ‘otot’ yang terserlah serta direka mengikut posisi badan manusia sebenar. Menurut Smitizen, sut tersebut amat sesuai dipadankan dengan pakaian ketat. Malah, ada sut yang dilengkapi bulu roma bagi menjadikannya kelihatan lebih realistik. Ada antaranya hanya menutupi bahagian tubuh dengan membiarkan tangan terdedah dan ada sut yang menutupi seluruh badan.
Produk itu laris dijual menerusi platform e-Dagang seperti Taobao dan Aliexpress pada harga 790 yuan (RM501) hingga 3,980 yuan (RM2,523), bergantung kepada saiz dan kualitinya. Sumber: Kosmo
|

Tinot7 replied at 21-4-2021 10:22 AM
Atas sado tapi kaki mcm tiang, apa gunanya?

Tinot7 replied at 21-4-2021 10:22 AM
Atas sado tapi kaki mcm tiang, apa gunanya?
green~tea replied at 21-4-2021 02:57 PM
Kaki chopstick uols.. chopstick berjalan.. mcm ayam berjalan body sado kaki halus
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.196252 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.