Sebuah video bersenam yang dikongsikan Sharifah Sakinah dalam Instagramnya menjadi tanda tanya netizen sama ada pelakon kontroversi itu sudah meninggalkan Malaysia. Menerusi video tersebut, Sakinah bersama tunangnya yang merupakan seorang warganegara Sweden, Michael Hansen sedang melakukan aktiviti bersenam dengan berlatarbelakangkan suasana di luar negara.
Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, ketika ditanya Kosmo! Online menerusi aplikasi WhatsApp tentang perkara tersebut bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen. “Hehehe. Tak kot,” tulis berbasa-basi menjawab andaian Kosmo! Online tentang lokasi keberadaannya ketik ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tertanya-tanya jika Sakinah telah berpindah ke luar negara seperti yang pernah dia katakan sebelum ini menerusi program temu bual, Heart2Heart bersama pengacara, Datuk Aznil Nawawi pada Mac lalu.
“Walaupun di mana awak berada, kami sebagai peminat sentiasa mendoakan supaya awak gembira dan selamat dalam apa jua yang awak lakukan. Bergembiralah dengan kehidupan baharu. Semoga diberkati Tuhan,” kata seorang pengguna Instagram. “Awak dah tinggalkan kami semua? Semoga kekal selamat dan gembira bersama insan tersayang,” kata seorang lagi pengikutnya dalam Instagram. Sementara itu, kakak kepada Sakinah yang juga merupakan seorang pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira ketika diminta penjelasan tentang kedudukan adiknya sekarang mengakui langsung tidak menahu tentang perkara tersebut. “Cuba tanya dia (Sakinah) sendiri. Dia di sana (luar negara) kita tak tahu. Kita di Kuala Lumpur jaga anak-anak dan tak sempat nak jaga Sakinah,” ujar Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera. Secara berseloroh, penyampai Suria FM itu sempat berseloroh meminta bantuan Kosmo! Online untuk memaklumkan kepadanya jika mendapat maklumat tentang kedudukan Sakinah. “Susah sangat artis antarabangsa. Tolong tanyakan dia kat mana. Kami tengok dekat IG (Instagram) sahaja,” kata Shiera Ditebak, jika benar Sakinah kini sekarang berada di luar negara, Shiera menjelaskan, ibu kepada seorang itu sudah cukup dewasa dan pandai menjaga diri. “Dia sudah besar, saya nak rotan ke? Dia pandai jaga diri. Takkan nak ikat dia kat pokok. Ramai budak pergi Jepun umur 16 tahun sebab pertukaran pelajar. Anggaplah dia (Sakinah) pelajar,” kata Shiera. Shiera turut menitipkan nasihat bersempena bulan Ramadan supaya urusan setiap umat Islam dipermudahkan ketika menempuh pelbagai dugaan di dunia. Terdahulu, Sakinah ada berkongsikan mengenai masalah kesihatan mental yang dialaminya dan mengakui bakal berpindah ke luar negara apabila berkahwin dengan Michael Hansen. Menurut Sakinah, masalah penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus. Pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu memberi alasan, penghijrahan ke luar negara juga bagi menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya. Dia turut memohon maaf serta berharap semua pihak memahami masalah kesihatan mental yang dihidapinya. Sumber: K! ONLINE
|
chandrahusin replied at 21-4-2021 07:45 AM
Dia ni klu jwb sarcastic sbnrnya
Dia nak ckp dia pun tak ambik tau
Yg org sibuk buat apa
naina replied at 21-4-2021 08:56 AM
Dia macam tak kuasa lah nak layan perangai Kinah kot. Kalau serius sakit mesti kakak akan jawab el ...
azimodin: Iouls sebagai penghidap ADHD yang disahkan oleh doktor juga agak pelik dengan keadaan kinah. Iouls bertahun off medication tapi xde pulak jadi makin t ...
chandrahusin replied at 21-4-2021 07:45 AM
Dia ni klu jwb sarcastic sbnrnya
Dia nak ckp dia pun tak ambik tau
Yg org sibuk buat apa
ADVERTISEMENT