SABAK BERNAM: Seorang pelajar Tingkatan Lima terkorban ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila dilanggar sebuah lori di Jalan Sungai Air Tawar, dekat Kampung Bumi Hijau, di sini, semalam.
Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang, pelajar perempuan berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah menuju ke rumahnya di Kampung Bumi Hijau. Beliau berkata, lori terbabit pula sedang dalam perjalanan dari Sungai Besar menuju ke Parit Baru untuk menghantar perabot.
"Setiba di tempat kejadian, mangsa yang berada di belakang sebuah bas SMART Selangor di sebelah kanan jalan dari arah Sungai Besar, dikatakan melintas ke sebelah kiri jalan. "Pada masa sama, sebuah lori yang berada di laluan utama dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa. "Berikutan perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Agus Salim berkata, pemandu serta kelindan lori terbabit yang masing-masing berumur 40 dan 44 tahun bagaimanapun dilaporkan tidak cedera. Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini, untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI Sumber: Berita Harian
|
LadyCarefree: Kesian. RIP.
"Setiba di tempat kejadian, mangsa yang berada di belakang sebuah bas SMART Selangor di sebelah kanan jalan dari arah Sungai Besar, dikatakan melintas ke sebelah kiri jalan.
"Pada masa sama, sebuah lori yang berada di laluan utama dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
"Berikutan perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
ADVERTISEMENT