Beberapa hari lalu kecoh dengan berita 'kehilangan' anak pelakon Zarina Zainuddin di bazar Ramadan. Terbaru, Azal yang juga anak Autisme mencuri perhatian warganet dengan membuat dakwaan beberapa selebriti melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Azal memuat naik beberapa gambar selebriti yang hadir ke majlis perkahwinan pelakon dan pengacara, Neelofa dan PU Riz, baru-baru ini. Di ruangan kapsyen, Azal atau nama sebenarnya Muhammad Razal Azrai, 25, turut menanda (tag) nama selebriti terbabit. "Ini ialah artis Malaysia yang menjadi suspek kerana hadir ke majlis perkahwinan Neelofa termasuk Izara Aishah, Adib Khalid, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Hannah Delisha bersama suami yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial dan fizikal serta melanggar SOP!" tulisnya. Dilihat Zarina menegur anaknya itu dalam nada bergurau di ruangan komen. Sementara itu, rata-rata warga maya terhibur selain menyokong tindakan Azal menyuarakan pendapatnya mengenai SOP ketika penularan Covid-19. - CARI
|
Orix replied at 21-4-2021 12:52 PM
kalo jahlop tak kena jail mcm instafemes tu, mmg hanat sgat undang2 malaysia ni.... di bawah pentadb ...
ais_kosong replied at 21-4-2021 01:08 PM
Aku speku xkena. Bayar denda ja kot ni
Orix replied at 21-4-2021 12:52 PM
kalo jahlop tak kena jail mcm instafemes tu, mmg hanat sgat undang2 malaysia ni.... di bawah pentadb ...
Orix replied at 21-4-2021 01:24 PM
sangatlaaaa tak adil iya kalau kena byr denda jah.... justification hakim yg jatuhkan hukuman pen ...
mesmerize replied at 21-4-2021 12:49 PM
bahahah siap speaking.. bagus Azal yang tak sempurna akalnya pun tahu pasal SOP
ADVERTISEMENT