|
Umat Islam diingatkan supaya tertib dan khusyuk dalam melaksanakan solat tarawih di masjid, surau, madrasah atau di mana-mana tempat sekalipun. Lapor Republika, Setiausaha Direktorat Jeneral, Bimbingan Masyarakat Islam, Kementerian Agama, Muhammad Fuad Nasar memberi peringatan itu susulan muncul lagi berita mengenai ibadah tersebut yang dilakukan sepantas kilat.
“Memang semua jemaah digalakkan menunaikan solat tarawih dalam masa yang singkat bagi mengelak penularan Covid-19. “Namun, itu tidak bermakna jemaah boleh melanggar hukum dan tertib solat yang sewajarnya,” kata Muhammad Fuad. Malahan, beliau menegaskan solat tarawih secara berjemaah yang dilakukan sepantas kilat perlu dihentikan dan ditunaikan secara tertib. Muhammad Fuad berkata, ibadah solat harus dihayati dan setiap bacaan perlu difahami kerana solat bukan semata-mata ibadah rohaniah tetapi juga merupakan ibadah jasmani.
“Solat tarawih bukan sekadar formaliti dalam rangka mengisi malam Ramadan, tetapi sebuah rangkaian ibadah sunnah yang sangat dianjurkan dengan penuh kemuliaan. “Solat bukan tradisi tetapi ibadah ubudiyah yang memiliki tatacara bersesuaian petunjuk Nabi Muhammad SAW,” ujarnya. Sumber: Utusan
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058498 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.