Penyanyi rap Caprice enerusi Instagram menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan seorang lelaki yang menjadi ‘scammer’ menjual baju raya miliknya.
Lebih teruk, kegiatan lelaki tersebut bukan hanya melibatkan penjualan baju raya sahaja malah turut menipu menjual ‘hoodie’ sebelum ini. "Ganjaran wang tunai RM5,000 kalau siapa-siapa dapat tangkap scammer ni yang sudah scam ramai orang jual hoodie caprice dan sekarang baju raya caprice juga dia tipu orang. Minta semua pihak yang kene scam terus buat report polis and forward to me please. InsyaAllah kita dapat tangkap dia dalam masa terdekat," katanya. Menurut Caprice, lelaki berkenaan menggunakan akaun Instagram @rindu_by_caprice untuk menipu mangsanya. Justeru, Caprice memohon kepada semua mangsa untuk membuat laporan polis agar ‘scammer’ tersebut berjaya ditangkap. "Muhammad Fa***, kamu ada 24 jam untuk telefon saya atau tidak esok kita tak puasa ganti selepas raya," ujarnya memberi amaran. Caprice turut memuat naik gambar lelaki disyaki ‘scammer’ pada status di IGnya. Selain gambar suspek, penyanyi itu turut memuat naik transaksi penipuan yang telah dilakukan.
|
Carcosa replied at 21-4-2021 05:17 PM
Apa maksud dia "esok kita tak puasa ganti raya"?
sukacactus replied at 21-4-2021 08:36 PM
Mcm nak gaduh sampai terbatal puasa
Lps raya gantl puasa blk la
sukacactus replied at 21-4-2021 08:36 PM
Mcm nak gaduh sampai terbatal puasa
Lps raya gantl puasa blk la
SalenaGomez replied at 21-4-2021 10:29 PM
Awal2 dah niat nak batal posa...agak2 esok sah x?
Carcosa replied at 21-4-2021 05:17 PM
Apa maksud dia "esok kita tak puasa ganti raya"?
ADVERTISEMENT