Sudahlah lama tidak pulang ke kampung, bertambah sebak apabila sukar menghubungi ibu bapa dan anak-anak di bulan mulia ini. Dengan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat, pudar sinar harapan rakyat Malaysia mahu menyambut Aidilfitri di kampung.
Pelakon veteran Wan Maimunah turut meluahkan perkara sama apabila tidak dapat berjumpa anak-anak di hari raya tahun ini. Lebih menyedihkan, dia juga sukar berhubung melalui panggilan video bersama anak-anak, tidak seperti orang lain ekoran talian di rumahnya kurang baik. "Sama-sama kita kuatkan hati, tabahkan hati sebab kita semua tak dapat balik raya, kan? Jangan menangis, ibu menangis tak apa. "Orang boleh buat video call, tapi anak-anak ibu tak boleh buat video call kat ibu sebab line di rumah ibu teruk," ujarnya tidak dapat menahan sebak sambil melambai-lambai ke arah kamera. Sebak rasa di dada melihat ratu air mata ini meminta anak-anak semua supaya tidak menangis dan bertabah. Buat semua di luar sana, kuatkanlah semangat kalian. - CARI
|
ais_kosong replied at 21-4-2021 02:47 PM
Kenapa aku rasa over. Hati aku makin kelabu asap ke?
Call kan boleh. Hantar pic ke apa.
laksmanabentan replied at 21-4-2021 04:33 PM
makcik duduk mana tu ya??
addamnor replied at 21-4-2021 03:58 PM
Over sangat kau mak cik. Ada sejuta cara lah, kalau line rumah kau teruk, kau duduk la luar rumah sk ...
ais_kosong: Kenapa aku rasa over. Hati aku makin kelabu asap ke?Call kan boleh. Hantar pic ke apa.
supermum replied at 21-4-2021 03:43 PM
Sebab dia ni terer berlakon menangis, pelakon lain drama pukul 7 tu pun jadi real jugak menangis. Pa ...
snowater replied at 22-4-2021 12:45 AM
kat forum ni jela aku dpt bc komen2 yg meragui air mata makcik ni, di fb ig twitter sume sedih sgt t ...
MinyakAngin replied at 21-4-2021 03:15 PM
Ko ni.. dia nak video call la. Tatap muka masing2 sambil sembang2 gitu. Aku pun selalu vc mak aku ...
ais_kosong replied at 22-4-2021 08:59 AM
Haha.. dia menangis teruk sangat macam dalam dram sebab xboleh vc.
Tau la sedih. Nampak macam dib ...
ADVERTISEMENT