Penduduk di Kupang, Nusa Tenggara Timur yang ditimpa bencana berasa kesal apabila hanya menerima sebiji telur, sebungkus mee segera dan sekilogram beras dari pemerintah daerah.
Lapor Kompas.com, kebanyakan mangsa bencana itu menyifatkan bantuan tersebut sebagai penghinaan buat mereka. Seorang penduduk, Amtiran berkata, bantuan itu dianggap sebagai jenaka susulan bencana yang melanda pada 14 dan 17 April lalu. “Walaupun kami ditimpa bencana seperti ini, tetapi kami masih ada pisang dan kelapa ubi yang nilainya masih lebih tinggi daripada bantuan pemerintah. “Kami berasa bingung dengan pemberian bantuan seperti ini,” katanya. Penduduk lain, Yuli Bureni turut meluahkan kekesalan itu. “Bantuan ini sangat aneh. Kami rasa seperti dipermainkan oleh pemerintah. Biar kami dapat bantuan sedikit pun kami bersyukur, tetapi ini bantuan sebutir telur kami rasa sangat lucu,” jelasnya.
Sumber: Utusan
|
felinecat replied at 22-4-2021 11:46 AM
haritu yg buang2 telur banyak2 kat indon kan
ADVERTISEMENT