Seorang wanita tampil membuat pendedahan mengenai ibunya sendiri di grup Facebook Kisah Rumah Tangga kerana tidak tahan dengan sikapnya yang pengotor. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia bagaikan sudah putus asa dengan sikap orang tuanya yang tak pernah berubah sejak dia bujang sehinggalah mendirikan rumah tangga.
"Rumah mak ayah kotor sangat sampaikan ada masanya saya geli nak pijak. Setiap kali saya balik rumah mak saya, saya akan bersihkan rumah tu. "Saya pernah tegur mak ayah saya tentang rumah tu, dia jawab... lantaklah rumah aku. Kadang-kadang tu mak saya baru balik kerja, dia main campak je pakaian dia. "Kadang-kadang saya sampai segan dengan suami saya sebab perangai mak ayah saya. Sampai malas nak balik bermalam di sana. "Walaupun suami saya jenis tak kisah, tapi saya tetap tak selesa untuk anak-anak," luahnya.
Tambah wanita itu, dia juga segan setiap kali tetamu berkunjung ke kediaman ibu bapanya. Malah, dia juga pernah menjumpai kuih yang sudah luput di bawah katil serta pisang buruk di atas meja makan kediaman mereka. Lebih teruk katanya, adik-beradiknya pula sering dipersalahkan dan dilabel sebagai pemalas di hadapan tetamu. Malah, dia mengakui sering bergaduh dengan ibunya mengenai kebersihan rumah ketika masih bujang dan dia berasa lega dapat duduk di rumah lain selepas berkahwin. Selain tidak menjaga kebersihan, ibunya dikatakan suka mencerita aib keluarga kepada orang lain. Luah wanita itu, dia sebenarnya risau untuk berkongsi kisah itu di Facebook, biarpun tidak mendedahkan identitinya kerana takut aib keluarga terbuka. Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan komen, meminta agar ibunya dilembutkan hati dan berubah suatu hari nanti. Malah, ramai yang turut menzahirkan rasa simpati atas apa yang dilalui wanita itu. Sumber: mStar
|
farlis replied at 22-4-2021 12:52 PM
I pernah masuk toilet 1 family.. Ya Ampunnn... Berkulat licin mcm toilet tinggal.. Tak jadi nk masu ...
ellejo: ada dua perbezaan. orang penyepah dengan pengotor. orang penyepah ni dia sepahkan brg je. contoh katil malas kemas. kusyen2 sofa habis turun. baju gan ...
farlis replied at 22-4-2021 12:52 PM
I pernah masuk toilet 1 family.. Ya Ampunnn... Berkulat licin mcm toilet tinggal.. Tak jadi nk masu ...
ellejo replied at 22-4-2021 12:32 PM
ada dua perbezaan. orang penyepah dengan pengotor. orang penyepah ni dia sepahkan brg je. contoh kat ...
ADVERTISEMENT