CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Makanan Masam Dan Berlendir, Sheila Mambo Kecewa Dengan Peniaga Bazar Ramadan

22-4-2021 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6641| Komen: 25

Pelakon senior, Sheila Mambo meluahkan rasa kecewa dengan sikap sambil lewa sesetengah pengusaha bazar Ramadan yang tidak menitik beratkan mengenai aspek kualiti makanan jualan mereka.


Jelas Sheila, ramai pelanggan dikhabarkan telah rasa tertipu kerana makanan yang mereka jual ada kalanya mudah rosak atau basi.


Foto: IG

“Saya mendapat berbagai reaksi setelah saya up hal ini di story. Ramai yang tertipu semasa di bazar Ramadan. Ingat kan saya seorang.

“Masak awal sangat, kita nak makan lepas terawih, ada yang kuah masam, telur rebus berlendir. Kejadian berlaku pada saya, anak saya Ecah kan autism.

“Makanan kuah dah masam, saya cakap tak payah makan nanti perut sakit, dia terus ‘kejung’ nak makan juga, (kesian) saya basuh meehoon tu, saya masukan sup saya masak untuk sahur,” tulisnya.




Rasa kecewa tersebut disuarakan oleh pelakon filem Mami Jarum itu menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Sheila turut berharap agar para peniaga bazar Ramadan dapat memperbaiki mutu jualan dan bersikap jujur dalam urusan jual beli.

“Kesian sangat tengok dah la jujur berpuasa, saya complain pada peniaga yang saya oder online, dia nk pulangkan duit balik. Saya cakap takpe, saya ambil makanan yang sama esoknya.

“Buah melaka beli kat bazar kelapa basi. Kawan saya beli ayam nak makan masa sahur dah kejung. Ada yang cakap beli teh piorrr balik masa berbuka dah masam. Aduhai, fikirkan lah, ada kah rezeki kita cari jadi barakoh?


“Jujur lah dalam berniaga. Kalau tak habis sedekahlah pada makluk lain. InshAllah Allah akan bagi yang lain nanti. Kesian pelanggan,” katanya lagi.

Entri berkenaan turut menarik perhatian ramai pihak termasuklah chef terkemuka tanah air, Chef Adu.

Menurut Chef Adu, kebanyakkan kes yang berlaku ketika ini bukan disebabkan para peniaga yang ingin menipu tetapi lebih kepada kurangnya ilmu dalam bidang kulinari.

Jelasnya lagi, para peniaga dilihat tidak mahu mengeluarkan modal bagi menambah baik ilmu kulinari dan masakan mereka seterusnya hanya memikirkan untung semata-mata.

Chef Adu

“Biasanya, bukan peniaga-peniada menipu dlm kes basi dsb. Ramai yang pakai redah berniaga mengejar keuntungan tanpa ilmu kulinari. Sebenarnya ilmu itu modal utama yang paling Penting dalam bidang kulinari ( dah semua bidang lain juga ).

“Ramai yang kedekut bermodal untuk ilmu! Tak faham refrigeration, temperature/suhu dan (hot holding) berapa lama makanan boleh berapa lama dalam suhu bilik sebelum basi dan sebagainya.

“Sebab itu saya memang tak makan nasi campur waktu mlm atau beli apa pun du bazar Ramadan yang tidak dimasak Kat situ. Wallahualam!,” jelasnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada selain turut berharap agar para peniaga dapat menitik beratkan mengenai kualiti jualan mereka selepas ini. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Afifi82 22-4-2021 01:54 PM
Smlm baru laki iols belikan karipap oksigen.  -__-
Quote kakakgarang 22-4-2021 02:06 PM
aku start remadan smp la ni.. tak pegi pun beli bazar.. aku mcm prefer masak sendiri kat rumah.

padahal smp rumah ngam2 time bebuka.. maklum la tmpt kerja jauh ye.. balik2 gegas aku masak

cepat2 mandi solat...

tapi kena la prepare barang masak tu awal.. gittewww,.. aku bangga dgn diri aku..tiber
Quote suka2 22-4-2021 02:08 PM
Bazar ramadan kan tempat org tak tahu masak meniaga makanan....
Quote suka2 22-4-2021 02:09 PM
Afifi82 replied at 22-4-2021 01:54 PM
Smlm baru laki iols belikan karipap oksigen.  -__-

Dah tahun 2021 pun masih ada lg yg jual karipap oksigen. Bbrp tahun dulu, aku penah beli murtabak transparent...
Quote namieamuro 22-4-2021 02:26 PM
bab makanan ni mmg sensitif. sbb tu iols selesa beli dgn peniage yg mmg konsisten niage makanan je. bkn muke baru muncul time bln puase. peniage yg i kenal, kalau tak abes die bagi je kt sape2 yg ade. janji tak simpan.
Quote cikpah27 22-4-2021 03:28 PM
Aku pun hari 1st puasa beli sambal nyok, beli pukul 4 petang pastu simpan la dalam peti.. Masa nak berbuka tengok2 dah berbau masam.. Hahahaha.. Pastu sekarang ni beli dari peniaga yang selalu beli ja.. Yang memang tahu masak sedap..
Quote sleepandream 22-4-2021 03:41 PM
iols masak pakai air fryer je...
tak pegi bazar pun sejak taun lepas...
takpela terjamin kebersihan jugak masak sendiri nii
Quote dekmieDandy 22-4-2021 03:53 PM
alhamdulillah, tahun ni tak kena lagi

tahun lepas kena food poisoning tiga hari

makanan tak sedap je kena tahun ni
Quote swimswim 22-4-2021 07:59 PM
Tahun ni mmg x pernah pergi lagi bazar. Masak sendiri je and refer resepi dkt fb. I plg suka satu resepi ni.. ayam masak cili api tomyam.

Ayam i goreng pakai air fryer, sambil tu buat sambal dia. Bila sambal dah garing, masukkan ayam dlm kuali. Senang kerja ku. Senang n sedap
Quote zeetot 22-4-2021 08:03 PM
kakakgarang replied at 22-4-2021 02:06 PM
aku start remadan smp la ni.. tak pegi pun beli bazar.. aku mcm prefer masak sendiri kat rumah.

p ...

Air bungkus plastik macam ala2 mamak tapau tu pun sekarang standard rm5. Grr.
Quote salmon-suki 22-4-2021 08:42 PM
So far,apa y ai beli kt bazar, Alhamdulillah,sedap belaka..kedai y xpernah ai pegi plak tu..smlm beli nasi minyak lauk ayam masak merah+daging rendang+acar timun rm12..daging 2ketul sederhana besar,ayam seketul..nasi byk siap ada kismis lg dlm tu which is rare skrg nasi minyak nak ltk kismis..berbaloi sgt2 ai beli...beras basmati pulak tu..ahhaaa..{:smile
Quote September14 22-4-2021 08:46 PM
Mmg tahun ni harga agak mahal esp kuih muih... tp aku ok je sbb aku yg pilih utk g bazar... seronok bg aku jln2 tgk mcm2 mknan
Quote rosmahisham 22-4-2021 09:47 PM
Edited by rosmahisham at 22-4-2021 09:49 PM

Baru jejak sehari ke bazar ramadhan,itu pon beli tapai pulut tetiba terliur nk mkn..bugkus dgn daun getah..en suami marah beli,takot mlm2 mkn binik dia sakit perut pulak hi hi.beli mertabak punya ramai org beratuq..tp mmg sdp lah..lauk2 dh x beli sbb bdk2 x nk mkn nasi.aku msk je spagetti, mihun sup,bakso je..bersahur telur dadar..byk sambal instant kat rmh dgn serunding daging,sambal hitam,sambal ikn bilis..cereal pon aku dh penuh kn stok gobok.en suami mmg jenis x mkn sahur..minum air je..senangkn hidup aku hi hi
Quote Afifi82 23-4-2021 04:11 AM
suka2 replied at 22-4-2021 02:09 PM
Dah tahun 2021 pun masih ada lg yg jual karipap oksigen. Bbrp tahun dulu, aku penah beli murtabak  ...

kesian kita,kan? Tu belum ceta kuih muih rasa tutttttttttttttttttt lagi..
Quote azimodin 23-4-2021 07:18 AM
Setakat ni belum pergi bazar lagi. Sebab ada budak kat rumah, malas nak bersesak. At least kalau makan kat shopping mall masih boleh nak avoid crowd. Teringin jugak nak beli kuih2, especially tepung pelita.
Aku pon xsuka dengan orang yg xsedar diri, masak x sedap tapi meniaga makanan. Customer beli dengan duit hasil penat lelah berkerja, bukan jatuh dari pokok.
Quote ina_na 23-4-2021 07:41 AM
Sblm ni ade la 3,4 kali p bazar.. Skrg nk dah jumpa 1 port adik jual kuih muih.. Tp kn p awal la kul 6 dah licin. Mcm2 kuih muih sedap2.. Karipap dia penuh inti.. Sudahnye dah 3 ari kul 5 je p merempit bl kuih muih..yg penting x yah beratur panjang bl kuih.. Hehehe
Quote yusryimran 23-4-2021 08:19 AM
kakakgarang replied at 22-4-2021 02:06 PM
aku start remadan smp la ni.. tak pegi pun beli bazar.. aku mcm prefer masak sendiri kat rumah.

p ...

ye betul sangat uols.. mak pun never nak ke param makan apa yg ada aje haha
Quote bottombikini 23-4-2021 08:40 AM
September14 replied at 22-4-2021 08:46 PM
Mmg tahun ni harga agak mahal esp kuih muih... tp aku ok je sbb aku yg pilih utk g bazar... seronok  ...

iols aritu beli kuih 5 biji RM3
dah sampai rumah baru tingat harga kuih dah naik ke

semalam konon nak le ziarah param melawati
sekali pkl 4 pun dah start beratur
kirim salam ajelah baik iols balik rumah masak


Quote September14 23-4-2021 09:34 AM
bottombikini replied at 23-4-2021 08:40 AM
iols aritu beli kuih 5 biji RM3
dah sampai rumah baru tingat harga kuih dah naik ke


Sop baru pakai no giliran lak.. tp tempat iol beratur panjang tp cepat, lpstu masuk dalam org x ramai so senang beli juadah.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.044513 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top