Seorang wanita warga asing disyaki dipukul suaminya kerana berselisih faham berhubung isu perniagaan kuih samosa di sebuah rumah pada 13 April lalu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 3.15 petang, suspek yang juga warga asing berusia 28 tahun itu turut memburukan nama keluarga isterinya.
"Suspek cuba membaling senduk kayu ke arah isterinya ketika mangsa berusia 30 tahun itu mahu ke bilik, namun tidak kena. "Apabila mangsa berada di bilik di tingkat atas kediaman terbabit, suspek telah bertindak menarik tangan dan mengheret isterinya turun ke bawah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis. Abd Khalid berkata, ketika pasangan itu berada di hadapan pintu rumah, suspek telah mengambil kad pengeluaran tunai sebuah bank milik mangsa. "Kemudian berlaku pergelutan antara pasangan itu, suspek telah menolak dan menumbuk perut isterinya sehingga terduduk," katanya.
Menurutnya, adik lelaki mangsa yang berusia 19 tahun telah menolong mengangkat kakaknya. "Mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk keselamatan diri," katanya. Abd Khalid berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Subang Jaya telah menahan lelaki terbabit pada jam 1 petang, Rabu. "Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
shernazz replied at 22-4-2021 02:35 PM
Iols baru semalam.beli samosa.panas kat taman iols neh
Beli samosa daging
Sampai ke sudah tak rasa ...
songhara1226 replied at 22-4-2021 02:54 PM
Bersabarlah uolls, I pon semalam pi beli roti john dging dan ayam, buka puasa je dpt rasa roti joh ...
shernazz replied at 22-4-2021 02:58 PM
Bertabahlah kita kan..
Sayang betul sebab samosa dia sedap cuma takde daging .iols rasa tertipu.. ...
sarah82 replied at 22-4-2021 03:05 PM
Iols nak habaq je la.. Iols makan samosa dan roti john.. Daging selambak.. Muahahaha
songhara1226 replied at 22-4-2021 03:10 PM
sarah82 replied at 22-4-2021 03:11 PM
Muahahahahaha... Iols beli kat bazar sajork...
insulin replied at 22-4-2021 03:14 PM
Bazaar dekat mana? Berapa harga?
misc replied at 22-4-2021 03:13 PM
Warga asing mana ni siap boleh business samosa. Pernah ada visitor office aku dari India cakap samos ...
sarah82 replied at 22-4-2021 03:16 PM
Bazar stadium alor setar.. Special rm8..puas hati.. Yg tak special pun byk daging
sarah82 replied at 22-4-2021 03:11 PM
Muahahahahaha... Iols beli kat bazar sajork...
insulin replied at 22-4-2021 03:18 PM
Jauh pula. Dah harga pun boleh tahan.
songhara1226 replied at 22-4-2021 03:20 PM
Bagusnyaaa kalau peniaga bazaar kat tempat iolls mcm dekat tmpt kaka sarah
Dahlah mahal satu ...
sarah82 replied at 22-4-2021 03:16 PM
Bazar stadium alor setar.. Special rm8..puas hati.. Yg tak special pun byk daging
Manjahati replied at 22-4-2021 03:24 PM
Demi terbayangkan kaka sarah punya roti john selambak daginggg...harus hari ni nk pi cari kat keda ...
misc replied at 22-4-2021 03:13 PM
Warga asing mana ni siap boleh business samosa. Pernah ada visitor office aku dari India cakap samos ...
ADVERTISEMENT