CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami tertipu isteri yang dikahwini 13 tahun lalu bukan anak dara

22-4-2021 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3896| Komen: 13

Gambar sekadar hiasan



Jakarta: Seorang suami di Makassar tertipu apabila isteri yang dinikahinya 13 tahun lalu bukanlah wanita bujang, sebaliknya pernah berkahwin.

Pada permulaan perkenalan antara Yulian Aprianto, isterinya mengakui belum pernah berkahwin.

Namun rahsia yang disimpan kemas wanita itu lebih sedekad lalu akhirnya terbongkar dan ia mengundang kemarahan si suami.

Detiknews melaporkan, disebabkan berasa tertipu, Yulian nekad menuntut ganti rugi sebanyak 5 bilion rupiah (kira-kira RM1.4 juta) daripada isterinya.

Pasangan itu bernikah pada 2006 dan perbelanjaan perkahwinan ditanggung sepenuhnya oleh Yulian.


Malah, dia turut membiayai kos pendidikan isterinya sehingga wanita itu bergelar doktor.

Wanita itu dikatakan pernah bernikah dengan seorang lelaki bernama Saiye Hanafi pada 1996 iaitu 10 tahun sebelum bernikah dengan Yulian.

Ketika perkenalan, isteri Yulian mengakui masih perawan dan tidak berterus-terang mengenai statusnya.

Yulian juga berasa tertipu dan malu dengan pembohongan yang dilakukan isterinya.

Menurut laporan itu, pasangan itu pada mulanya diperkenalkan ibu saudara sebelum mereka bercinta selama tiga bulan.

Ketika itu, Yulian berada di Jakarta, sementara isterinya di Makassar.

Malah, keluarga wanita itu turut bersubahat kerana tidak menceritakan secara jujur status wanita itu pada awal perkenalan mereka.

Selain itu, keluarga wanita itu juga memberikan keterangan palsu dalam buku akuan pernikahan.

Hakim, Hartoni Pancono yang mengadili kes tuntutan itu mendapati wanita terbabit bersalah kerana memberi keterangan palsu dan dihukum penjara.

"Tertuduh didapati bersalah dan dihukum penjara selama sebulan sembilan hari," kata Hartono dalam penghakimannya.



Sumber : Harian Metro
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote songhara1226 22-4-2021 03:54 PM
TT tahu kan, dh ada thread yg sama dh dibuka??? Tapi x pe lah, TT kisah apa. I masuk ni pon nk kumpul Tacang Jeee
Quote Zhana 22-4-2021 03:58 PM
mahkamah tak boleh penjarakan isteri terkilan dapat suami yg menipu status bujang ke . Penuh penjara dgn lelaki2 penipu . kan.
Quote Ciktiekus 22-4-2021 04:37 PM
Dah tak suka mcm2 la jd..dh 13 thn pn nikah..apa salahnya janda..bukan bini org lagi statusnya...
Quote pxlbb 22-4-2021 05:15 PM
Tp mmg tak patut la... kena terus terang sebelum nikah. Tak kisah la status dara/teruna ke tak tapi kalau dah sampai menikah tu mmg kena terangkan. Kes menipu la ni.
Quote hareeeesah 22-4-2021 07:16 PM
Zhana: mahkamah tak boleh penjarakan isteri terkilan dapat suami yg menipu status bujang ke . Penuh penjara dgn lelaki2 penipu . kan.

Kat malaysia boleh ke? Heheh
Quote fezy 22-4-2021 07:25 PM
pxlbb: Tp mmg tak patut la... kena terus terang sebelum nikah. Tak kisah la status dara/teruna ke tak tapi kalau dah sampai menikah tu mmg kena terangkan. Ke ...


dia dah x suka ng bini dia tu.
13 tahun. bukan 13 hari.
Quote slyfynx 22-4-2021 07:46 PM
TT, aku tau ko wartawan cari.
Tp perlu ke bukak thread yang samaaaaaaaaaa
Quote R2D2 22-4-2021 10:01 PM
songhara1226 replied at 22-4-2021 03:54 PM
TT tahu kan, dh ada thread yg sama dh dibuka??? Tapi x pe lah, TT kisah apa. I masuk ni pon nk kumpu ...

semua wartawan CARI sedia maklum
buka thread sama lewat
tak pun lewat 2-3 hari


Quote R2D2 22-4-2021 10:02 PM
slyfynx replied at 22-4-2021 07:46 PM
TT, aku tau ko wartawan cari.
Tp perlu ke bukak thread yang samaaaaaaaaaa

semua wartawan CARI sedia maklum
buka thread sama lewat
tak pun lewat 2-3 hari


Quote TomyamPuteh 22-4-2021 10:40 PM
Dh 13 thn ko lenjan bang....
Quote FanTasyCreaTioN 23-4-2021 05:29 AM
Thread awal dah ada ...

Tolong mergekan ...

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1247962


Terimakasih...


Quote bulanbulat 23-4-2021 06:00 AM
Saja ja kot ni.

Dah x mau bini, nak duit sama. Bini doktor kan
Quote NataliaLuiz 26-4-2021 11:09 PM
Macam-macam..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041012 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top