Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuib menolak dakwaan selebriti yang dikatakan sebagai golongan ‘kayangan’, tidak akan dijatuhi hukuman jika melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Bercakap melalui pengalamannya bersama isteri yang juga penyanyi, Siti Sarah, dia tidak melihat wujudnya standard berbeza hukuman, lebih-lebih lagi ketika negara berdepan cabaran pandemik Covid-19. “Sama sahaja, saya dan isteri dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar SOP sebelum ini. Kami mengakui kesalahan dan tidak ada pengecualian dalam menerima hukuman. “Tetapi kesalahan itu bukanlah kerana merentas negeri. Sebab soal merentas negeri kami mempunyai dokumen lengkap berkaitan kerja,” katanya kepada MH. Shuib berkata demikian ketika menghadiri majlis berbuka puasa Indigital Music, di 10Gram Puchong, baru-baru ini.
Malah jelasnya lagi, sebagai seorang selebriti dia juga tidak pernah mendapat layanan berbeza-beza dalam situasi yang berkaitan. “Tidak wujud golongan kayangan atau apa. Sebab di mata undang-undang kita semua sama. Termasuklah menteri sekalipun,” katanya yang turut memohon maaf sekali lagi atas khilaf yang dilakukan. Terdahulu pada Februari lalu, pasangan selebriti ini telah dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di sebuah restoran. Malah foto tersebut turut tular di media sosial sehingga para peminat memberikan pelbagai reaksi mengenai insiden berkenaan. Sumber: Media Hiburan
|
Carcosa replied at 23-4-2021 06:01 AM
Taktau malu sendiri mengaku golongan kayangan *vomit Kayangan pun, muka tetappp low class sendurama ...
nordin84 replied at 23-4-2021 06:04 AM
mcmtu la xmalunye heols nak gelaran datuk dulu kihkihkih
Carcosa replied at 23-4-2021 06:07 AM
Dia nak title Dato ke? Ewww choiii. Mesti di cucuk2 oleh bini Chucky kembang setaman beliau
nordin84 replied at 23-4-2021 06:11 AM
lepas dia ckp nk title datuk tu la kena hangkut dgn sprm pasal kes rasuah.. rasain... lpstu menga ...
Carcosa replied at 23-4-2021 06:14 AM
Choi. Beza betul dia ni dgn si Jepp tu. Padahal kalau Jepp menang apa2, sah2 dia pun menang sekali ...
nordin84 replied at 23-4-2021 06:17 AM
jepp ade msk bisnes jual air yahudi dia x? rmi iols tgk retis bukak cawangan tp jep mcm xberminat ...
ADVERTISEMENT