CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tolong Sensitif, Jangan Jadikan Isu Bunuh Diri Bahan Jenaka' - Wany Hasrita

23-4-2021 05:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4099| Komen: 13

Penyanyi Wany Hasrita melahirkan rasa kesal dan sedih apabila netizen menjadikan kes bunuh diri yang berlaku di pusat beli-belah KLCC semalam sebagai bahan jenaka.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam InstaStorynya, pelantun lagu Canggung itu berpendapat, netizen seharusnya lebih bersifat sensitif dan peka terhadap isu depresi. Tegasnya, tidak wajar isu bunuh diri dipermain-mainkan dalam media sosial.



Kredit foto: IG Wany

“Saya baru balik kerja, terbaca kisah kejadian bunuh diri di KLCC yang terjun dari tingkat tiga. Kejadian itu sangat menyentuh hati kerana depresi itu wujud,” ulas pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29 itu mengenai insiden ngeri, baru-baru ini.

Tambahnya, masih ada lagi yang tidak peka dan sensitif tentang isu seperti ini (bunuh diri). 

"Ada yang jadikan bahan jenaka seperti berkata ‘fuhyoo! Pilih dekat tempat KLCC’.


"Kita doakan supaya mereka diberikan kefahaman.

“Semua orang buat silap, tapi kita kena mulakan dengan mengambil berat dan menjadi lebih sensitif dengan isu-isu seperti ini (depresi dan bunuh diri).


Kredit foto: IG Wany

Dalam pada itu, Wany turut memohon supaya orang ramai berhenti menyebarkan video atau gambar-gambar kejadian bunuh diri tersebut yang tidak dikaburkan.

“Bayangkan kalau kita jadi anggota keluarga mangsa atau orang yang mengenali mangsa. Saya doakan semoga anda diberikan kesihatan mental dan fizikal serta diberikan kekuatan. Semoga Allah SWT jaga,” ujar Wany.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.52 tengah hari.

Dalam media sosial turut tular beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki terbaring di atas lantas selepas dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan terbabit. 


Sumber: K! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote user.name 23-4-2021 07:29 AM
kesian kat dunkin donut tu jah. terus bakalan tak laku takde sapa yang nak lalu kat situ dah
Quote user.name 23-4-2021 07:32 AM
masa kejadian pon nampak banyak jah lagi bersusun donut tuh? tak habis terus dibuang ke cemana?
Quote sekutcornflake 23-4-2021 08:11 AM
Edited by sekutcornflake at 23-4-2021 08:12 AM

mmg tak wajar dipermainkan pun isu mental ni. mendiang/arwah depress xdapat keje, sedihnya



btw cantiknya kulit dia..
Quote 234126 23-4-2021 08:27 AM
Jangan acik maria masak-masak buat nama resipi kes klcc ni pulak.
Quote Redmyvi 23-4-2021 08:29 AM
kt malaysia ni kurang expose  tentang ilmu berkaitan penyakit mental.. yg depa tahu penyakit mental ialah gila..

Lagi satu yg memburukkn keadaan bile ada org buat pape silap jer jalan keluar adalah claim diri ada masalah mental.. tu self diagnosed jer..


Quote tomiko_haza 23-4-2021 09:10 AM
Kat malaysia ni dulu2 jarang la nak dengar berita2 camni , takpun masa tu tkde sosial media jd kurang liputan tapi lately ni ada tenet, semua on the spot je orang share..yg sedih nya muda2 lagi dh amek keputusan cmtu..semakin hari ni pun ada student form 3 terjun dr tgkat 3 sekolah..patah tulang belakang..apa nak jadi semakin kerap plak kan
Quote epuepy 23-4-2021 01:30 PM
234126: Jangan acik maria masak-masak buat nama resipi kes klcc ni pulak.

Hahaha. Btl jugek. Acik Maria suka sgt bgy nama resepi based on peristiwa.
Quote cascutes 23-4-2021 02:14 PM
Celebrity & retis pun... Klu depress ke penah try nak bunuh diri tapi tak mati, tak payah la cerita kat social media semua... Kdg2 budak remaja ni ambek mana yg senang je fikir... Xpa Aku kerat urat , tak Kan mati... Lepas ni makapak Aku belikan la iPhone yg Aku mintak... Contohhhh
Quote Fazsemput 24-4-2021 05:43 AM
Bca statement die... Boleh trbayang gaya wani hasRita bercakap
Quote supernaturalee 25-4-2021 03:07 AM
Mendiang trying to make a statement
Take a toll on his life

So sad


Quote supernaturalee 25-4-2021 03:09 AM
tomiko_haza replied at 23-4-2021 09:10 AM
Kat malaysia ni dulu2 jarang la nak dengar berita2 camni , takpun masa tu tkde sosial media jd kuran ...

Latest suicide case director bangsa india sis
Hang himself kt kipas syiling
Video last heols kata dorg nmpk calm je
Kt ci dh keluar thread


Quote dudaberhias 25-4-2021 03:15 AM
Mungkin sebab takde awareness tentang depression. Satu lagi sebab perasaan holier than thou masih kuat di dalam masyarakat Nusantara yang nampak orang bunuh diri ni keji di dalam pemikiran deorang. Yang kata kenapa tak bunuh diri di tempat lain lah, kalau melayu takkan buat lah. Tu semua adalah manusia yang in denial yang kita tahu deorang pun pernah kena depression dan kemurungan. Cuma tak bunuh diri je lagi. Tak perlu nak tipu tentang depression dan stress dik, semua orang tahu korang pun pernah kena, statistik mental health kan ada keluar tiap2 tahun. Nak tipu apa lagi benda yang jelas dan nyata, sebabtu mentaliti kita kena ubah, kalau boleh kita start bagi sokongan moral untuk orang2 yang depress ni. Nak2 Janna Nick dan Aliff Aziz, manusia boleh berubah dik. Kecuali Cek Non, Shuk dan Tauke Jambu dan ahli baru Ali Puteh
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 12:24 AM
Mental health is not a joke!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.042225 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top