|
Tular di media sosial video seorang lelaki yang didakwa curang telah disimbah dengan air ketika sedang makan di sebuah restoran makanan segera. Dalam video itu, seorang lelaki dan seorang wanita dilihat sedang leka menikmati makanan tiba-tiba didatangi wanita dipercayai teman wanitanya. Wanita itu kemudian dilihat mengambil cawan berisi air dan terus menyimbah lelaki berkenaan dan pada masa sama dia dilihat berang dengan lelaki tersebut yang dipercayai telah berlaku curang. Ekoran tindakan wanita itu, pasangan terbabit segera bangun dan beredar dari kedai makan tersebut. Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Sebaiknya, perbuatan bergaduh di tempat umum tidak sepatutnya dilakukan oleh orang dewasa dalam apa jua masalah. Perasaan marah itu fitrah, tetapi Islam mengajar cara untuk salur dan kawal dengan cara yang terbaik. -CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.185551 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.