|
Malaysiakini mendedahkan berlaku amalan memeriksa pelajar perempuan sama ada mereka benar-benar mengalami haid untuk mendapat pelepasan daripada melakukan solat atau ibadat lain. Pemeriksaan tersebut dilakukan guru, warden asrama atau pengawas. Pembuktian dikatakan perlu dibuat dengan meminta pelajar menunjukkan kesan darah pada tuala wanita atau melakukan calitan pada kemaluan mereka menggunakan kapas, tisu atau jari. Malah pelajar juga mendakwa mereka diraba di bahagian alat sulit untuk mengetahui sama ada mereka memakai tuala wanita atau sebaliknya. Isu ini telah mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk para menteri, mufti beberapa NGO hak asasi wanita yang turut mengeluarkan kenyataan bersama mengecam tindakan itu dan menggesa pihak seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan. Rata-rata netizen turut tidak bersetuju dengan amalan tersebut yang masih diteruskan dan turut berkongsi pengalaman masing-masing. Tindakan sedemikian mengganggu privasi wanita. Tindakan meraba-raba anak gadis untuk pastikan sama ada mereka sedang haid atau tidak adalah gangguan seksual. Manakala tindakan meminta mereka menunjukkan tuala wanita berdarah sebagai bukti haid adalah satu kesalahan membuli, mengaibkan dan mengganggu emosi gadis-gadis ini. Tanggungjawab guru adalah untuk mendidik anak murid mengenai apa itu tanggungjawab, kepercayaan dan hormat tidak mengira jantina bukannya menghalalkan pencerobohan privasi. -CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.179654 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.