Siapa sangka, walaupun sudah beberapa bulan drama bersiri Takdir Yang Tertulis melabuhkan tirainya, nama Che Salmah masih meniti di bibir peminat dan penonton setia drama itu.
Secara tak langsung, itu membuktikan aksi dan lakonan Didie Alias membawa watak itu benar-benar meninggalkan kesan mendalam buat penonton. Disebabkan populariti watak itu, Didie mencurahkan idea serta keringatnya dalam lagu yang diberi judul Tap Tap Love menggabungkan beberapa dialog yang pernah dilantunkannya sebagai Che Salmah. "Saya pun tak sangka walaupun drama itu sudah tamat, watak Che Salmah itu masih kekal dalam ingatan penonton setianya. Malah, fenomena itu juga mencuri perhatian syarikat rakaman Suria Records (SRC) yang melamar saya untuk bekerjasama dalam single baharu ini.
"Pada awalnya, SRC mencadangkan untuk saya merakamkan lagu runut bunyi Takdir Yang Tertulis 2. Namun, saya sendiri pun tak pasti sama ada drama bersiri itu akan diteruskan untuk musim kedua. "Jadi, mereka menukar rancangan dan mencadangkan saya menghasilkan single khas untuk peminat dan sesuai digunakan untuk pelbagai acara termasuk Aidilfitri dan sebagainya," katanya.
|
gideoncross replied at 24-4-2021 02:26 PM
Dh lama brkubur Max247 ni, bgus.
dua_chzy replied at 24-4-2021 09:51 PM
Tetiba teringat muka dia masa muda awal 90an dulu. Cantik.
sharlenetexas replied at 24-4-2021 10:00 PM
Masa berlakon Kanta Serigala dulu.
dua_chzy replied at 24-4-2021 10:06 PM
Yaaaa movie tuuuu. Yang tak best pun. Jalan cerita pun dah tak ingat.
ADVERTISEMENT