CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cabaran Jaga Anak Autisme, Ramai Sebak Bila Fynn Jamal Luahkan Perasaan

23-4-2021 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19457| Komen: 109

Bukan calang-calang keluarga yang ‘dipilihNya’ untuk menghadapi ujian apabila memiliki anak istimewa.

Kecekalan dan kekuatan ibu bapa di dalam menjaga anak istimewa ternyata bukan sesuatu hal yang mudah untuk dilalui.


Itulah situasi yang dihadapi penyanyi Fynn Jamal apabila menghadapi cabaran dalam membesarkan anak sulungnya sejak disahkan menghidap autisme.

Menerusi entri di Instagram, Fynn ada berkongsi rakaman gelagat permata hatinya itu yang kini mencecah usia 9 tahun, Bakti Arjuna Fitri.

Foto: IG

Fynn atau nama sebenar, Nur Affina Yanti Jamalludin berbuat demikian sebagai rekod rujukan doktor apabila anaknya mula meltdown.

Mengakui mempunyai banyak rakaman yang seumpama dengannya, Fynn akui ada ketikanya dia tidak tergamak untuk menonton video yang diambil.

“We have loads of videos like this. doctor suruh rekod everytime juna meltdown. utk cari common factors to why, what triggers etc.

“Walau tak dpt rekod setiap kali, mana2 sempat— dah macam homework dah kumpul data juna ni. haha.

“Truly, aku tak suka tgk balik. mmg lepas rekod, biar je dlm folder. tak gamak nak relive the moment hadap ni semua. tp yelah. sesekala, terrrlayan juga haha.

“Juna skrg on anti-psychotic meds. dia autism dlm spektrum severe. self harm. meltdown. hearing things. seeing things. kesian dia. tapi alhamdulillah. rezeki dia.

“Kadang-kadang kesian suami aku. dia sendiri on the verge of psychosis, lawankan juga demi anak dia. alhamdulillah sbb dia akur je dgn cikgu disiplin bab ubat ni haha. aku selalu pesan, aku ni kecik.

“Kalau both daddy dan juna mental collapse; sakti kecik lagi, aku tak tau nak dukung heret yang mana haha,” tulisnya.



Fynn pada masa sama menjelaskan, perkara tersebut menjadi antara punca dia agak menjauh dengan media sosial kebelakangan ini.

“You see, this video is but a simple reminder to why i am now distant on sosmed. Aku selalu bagitau; my family comes first.

“Aku tak effort habis2an melainkan utk memampukan aku jadi bebas nak prioritikan suami dan anak2 aku. aku jadi boss sbb nak jadi surirumah. itu objektif aku.


“Segala selainnya adalah hal2 senggang yg ada ada, takde takpe. i dont HAVE to listen to your stories, but i like to. i may show indifference to your problem, but know— caring unnecessarily is what i do. Cumanya — all in good times. Itu sahaja.

“So kindly, kalau nak sgt layanan tiptop kelas pertama— go to psychiatrist, get to therapy. Good pay, good service. Aku ni buat percuma. sambil2 mendahulukan anak2 dan suami. pastinya servis aku paling corot dlm dunia.

“Sorry, but not sorry i place everyone and everything AFTER my family,” tulisnya panjang lebar.



Sementara itu ketika meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan mendoakan agar dia seisi keluarga tabah menghadapi cabaran membesarkan anak istimewa mereka.

Video yang muat naik melalui IG TV itu sudah pun menerima lebih setengah juta tontanan sejak dikongsi hampir seminggu lalu. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 23-4-2021 01:49 PM
Apalah kudrat mak banding anak yang membesar..no wonder kokspin selalu off the roof. Semoga tuhan bagi kekuatan kat beliau berdua
Quote apech 23-4-2021 01:56 PM
tgh gelepar2, tercucuk pulak spike dekat niqob tu.
Jgn la pakai benda yg bahaya
Quote eyansss 23-4-2021 02:08 PM
kokping, jangan pakai benda2 tajam ya kalau dah tau anak camtu...

sayang, dulu anak takde tanda pun cuma bila terlalu sangat dengan gajet n bila ramai yang tegur minta bawak jumpa pakar, dia tolak...  when things get worse baru nak bawak...  takpe la, bahagian masing2...

harap juna terus kuat...
Quote HoneyManjer 23-4-2021 02:53 PM
semoga dipermudahkan lah urusan...
Quote Kurex 23-4-2021 02:56 PM
Paling palat bila marhaen tanya pendapat si kepam kokping ni
Quote adiktet 23-4-2021 03:13 PM
Edited by adiktet at 23-4-2021 03:15 PM
eyansss replied at 23-4-2021 02:08 PM
kokping, jangan pakai benda2 tajam ya kalau dah tau anak camtu...

sayang, dulu anak takde tanda p ...

Maaf.. autism bukan disebabkan gajet.. jika ditakdirkan anak ada autism dedahkan ataupun tidak didedahkan gajet pon tetap ada  autism..
Quote eyansss 23-4-2021 03:16 PM
adiktet replied at 23-4-2021 03:13 PM
Maaf.. autism bukan disebabkan gadget.. jika ditakdirkan anak ada autism dedahkan ataupun tidak di ...

one of factor...  dan pada yang ada autisme, gadjet will worsen the situation...  kalau buat early intervention, insya Allah anak dapat dikawal (sebab juna awal2 takde la tunjuk severe n spectrum macam anak zarina yang satu lagi tu)
Quote Nadiabella 23-4-2021 03:36 PM
I kesian tengok arjuna.... Kokping not so much. She needs to try to be humble.
Quote prettyuglybabe 23-4-2021 03:50 PM
apa benda kat kepala dia tu? tajam ke?
buatnya tercocok kat mata kepala budak tu, satu hal pulak dah..
Quote kucingitam 23-4-2021 04:04 PM
rasanya dulu ramai dh ckp kat dia anak dia austism..masa juna kecik lagi, tapi dia nafikan, sekarang...hhmmm..
Quote JiEunTak 23-4-2021 04:11 PM
tengok 1st video...
macam tu aku ngan anak aku bila kekdg dia meltodown...
end up aku yg akan menangis meraung2 soh dia stop...
and mmg dia akan stop kejap bila aku menangis....
bezanya juna ni kecik kurus boleh dipeluk2...
anak aku dah 13 taun dah...besaq dah...
nak peluk2 ka tarik pun xleh dah...

payahnyaaa hidup dengan anak austism nih...
orang cakap anak syurga...
ahli syurga ada dalam rumah...

if only they know, betapa mahal nya syurga kami2 yg punya anak istimewa
Quote mrs_salvatore 23-4-2021 04:19 PM
“Juna skrg on anti-psychotic meds. dia autism dlm spektrum severe. self harm. meltdown. hearing things. seeing things. kesian dia. tapi alhamdulillah. rezeki dia.


ni mcm tanda2 skizo je.
Quote endihesh 23-4-2021 04:34 PM
anak self harm macam tu dengan meltdown tantrum teruk, mak boleh letak studded spike kat niqab.. kalau tercucuk mata anak tu, nak salahkan netizen ke sebab netizen penah tegur kot pasal studded tu.. nak tunjuk rebel pun bertempat la skit..

dalam "sibuk" jaga keluarga, sempat lagi nak update macam2 kat ig tu.. belum lagi caption 1800 patah perkataan untuk satu post.. celah mana yang menjauhkan diri dari sosial media katanya?? hp melekat jgak kat tangan tu.. laju je merekod macam macam, menaip panjang panjang..

Quote MelahJanda 23-4-2021 04:48 PM
siapa dia yg ramai ramai sebak tu. meh aku lempangkan
Quote azimodin 23-4-2021 05:27 PM
Dari dulu orang tegur yg anak dia ada tanda2 autism tapi dia buat x tahu je kan. Sumbat ipad padahal gadget boleh menyebabkan over stimulation untuk budak2 yg sensitive. Husband x sihat, juna kena bagi extra attention pastu ambik lagi sorang anak angkat. Iouls kesian kat juna & adik dia je la
Quote Dodod 23-4-2021 05:37 PM
JiEunTak replied at 23-4-2021 04:11 PM
tengok 1st video...
macam tu aku ngan anak aku bila kekdg dia meltodown...
end up aku yg ...

sabar ye sis.. u are so special sb tu Allah pilih.. iols pulak ada anak oku yg terlantar.. lahir smua normal peknen normal.. xde demam xde apa tiber kena brain infections.. sampai skrg doc xboleh cari apa puncanya.. kdg teringin nk ada life mcm org lain.. anak2 lari sana sini. iols nk keluar pon limited since pandemik ni.   kita pujuk diri ada yg terbaik menunggu kita.. inn syaa Allah..  
Quote gummiebear 23-4-2021 05:44 PM
Dah besar dah juna. Dulu masa juna kecik iols follow juga sbb nak tengok comel amat pakai jaket bulu2

Rasanya boleh stop terus kot main socmed ni. Bagi perhatian pada family jah sebab nak karang caption panjang2 tu required time and efforts, no?
Quote KucingBiru 23-4-2021 05:52 PM
gummiebear replied at 23-4-2021 05:44 PM
Dah besar dah juna. Dulu masa juna kecik iols follow juga sbb nak tengok comel amat pakai jaket bulu ...

Mana boleh stop. Socmed tu bak oxigen utk kokping.
Quote anakmak 23-4-2021 05:56 PM
JiEunTak replied at 23-4-2021 04:11 PM
tengok 1st video...
macam tu aku ngan anak aku bila kekdg dia meltodown...
end up aku yg ...

Bersabar ya dek
Semoga terus tabah

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.036146 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top