Pelakon Azhan Rani baru-baru ini dikecam warganet susulan komennya mengenai insiden terjun di KLCC yang telah di'screenshot' dan dipaparkan di laman instagram Mynewshub. Mungkin dia sekadar melawak seperti yang biasa dilakukan melalui kapsyen-kapsyen di laman instagramnya namun lawaknya kali ini seperti tidak kena dengan tempatnya. Menerusi gambar yang menunjukkan mangsa yang ditutup dengan khemah kecil itu seorang netizen telah meninggalkan komen yang berbunyi "berkhemah dalam mall ke acane ni" dan dibalas dengan komen daripada Azhan yang berbunyi "berkhemah sama si nopal la". Insiden terjun di KLCC tersebut telah menyebabkan seorang lelaki berusia pertengahan 20 an meninggal dunia dan tindakannya itu dikaitkan dengan bunuh diri akibat tekanan perasaan mungkin berkaitan masalah kewangan. Dokumen pencarian pekerjaan turut dikatakan ada bersamanya ketika insiden tersebut. Musim pandemik, dua kali MCO, gelombang keempat katanya bakal terjadi, sepatutnya jadilah lebih sensitif dan jagalah tutur kata, komen-komen dan perbuatan masing-masing. Nak dikatakan bodoh, ramai lagi yang mungkin lebih bodoh tapi tahu menjaga adab dan tutur kata. Dikhabarkan juga seorang produser, pengarah pelakon berbangsa India baru saja membuat keputusan yang hampir sama dengan insiden terjun KLCC tersebut. Semoga Azhan dapat menonton video terakhir Dev Rajah yang baru saja 'signing off' daripada industri seni dan dunia itu dan menjadi lebih berhati-hati untuk melawak selepas ini. -CARI |
yylkasy replied at 25-4-2021 11:55 AM
Masa drama Nur tgh naik dulu, i follow lah jgk ig dia ni. Lepastu tgk caption semua mcm try hard nk ...
yylkasy replied at 25-4-2021 03:55 AM
Masa drama Nur tgh naik dulu, i follow lah jgk ig dia ni. Lepastu tgk caption semua mcm try hard nk ...
yylkasy replied at 25-4-2021 11:55 AM
Masa drama Nur tgh naik dulu, i follow lah jgk ig dia ni. Lepastu tgk caption semua mcm try hard nk ...
ADVERTISEMENT