"Rogol bukan bahan lawak, dan guru harus menitipkan soal keselamatan bukan sebaliknya." Satu demi satu isu dalam sistem pendidikan di londehkan. Selepas kekecohan mengenai guru meraba pelajar perempuan untuk memastikan mereka benar-benar haid atau tidak, kini timbul isu baru yang ditimbulkan oleh pelajar mengenai gangguan seksual.
Video itu tular di platform media sosial membuatkan mantan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menggesa pengetua sekolah tersebut memandang serius sekaligus menyiasat dakwaan berkenaan. Pelajar tersebut menceritakan kejadian mengaibkan antara guru, pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Guru tersebut dalam nada bergurau seolah-olah mengalakkan lagi pelajar lelaki untuk membuat perbuatan jenayah. ???Kemudian dia (guru) berkata, ???Jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.??? Reaksi yang diterima oleh pelajar lelaki adalah ketawa manakala pelajar perempuan pula terdiam. Rentetan itu, pelajar tersebut mengadu kepada guru kaunseling, namun reaksi yang diterima hanyalah sekadar pandangan dan tiada tindakan susulan. Difahamkan bapa pelajar tersebut telah membuat laporan polis manakala Kementerian Pendidikan sendiri telah pun maklum dengan kejadian tersebut. Netizen turut menggesa kementerian mengambil tindakan serius. Mengetahui ianya bukan kes terpencil, apa yang harus dilakukan untuk menanganinya? Anda rasa? - CARI |
ADVERTISEMENT