Setiap kali bulan Ramadan menjengah, akan ada isu-isu yang berkaitan makan di khalayak ramai diketengahkan. Ianya biasa membabitkan golongan wanita yang diketahui mempunyai kelonggaran tidak berpuasa. Terbaharu, sebuah video yang memaparkan seorang wanita sedang makan ketika yang lain dengan sabar menunggu waktu berbuka puasa tular di media sosial. Pemilik video tersebut turut mencoretkan ketidaksopanan wanita itu. Ianya menimbulkan ketidakpuashatian netizen, mengapa perlu sampai merekod, nipis sangat kah imanmu? Segelintir netizen menegaskan yang itu adalah hak wanita tersebut untuk makan di situ, mungkin
dia mempunyai keizinan syarie namun sampai merekodkan lalu
menyiarkannya di media sosial, siapa lebih tidak beradab? Sementara itu, segelintir netizen lain berpendapat mereka yang tidak berpuasa, hendaklah makan di tempat tersembunyi untuk memelihara dari terkena fitnah, namun ia dicantas oleh netizen lain. Jadi, apa pendapat anda? Adakah kita perlu berdiam diri ketika wanita lain sedang makan di waktu siang Ramadan? Atau wanita tersebut yang perlu belajar menghormati orang lain? - CARI |
Nana_Man replied at 25-4-2021 11:59 AM
Dua2 salah. Yg rekod pun mcm takde benda lain nk buat. Yg tak puasa tu pun mkn sembunyi2 lah.
gekkou replied at 25-4-2021 12:09 PM
lagi bodoh
ada mak pak yang ada agak gadis uzur di bulan puasa
boeh plak dia canang dengan adik2 n ...
ADVERTISEMENT