HAIZA Kuala Lumpur: Penyanyi dan penyampai radio, Haiza mengakui mempunyai tabiat 'berbahaya' iaitu mudah terlelap ketika memandu terutama apabila bersendirian. Haiza berkata, walaupun pernah mengalami kemalangan akibat terlelap ketika memandu, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan atau membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain. "Bila bulu roma meremang seluruh badan, itu tandanya saya perlu berhenti dan tidur sekejap. Saya tak mahu membahayakan nyawa saya atau orang lain dengan memaksa diri untuk memandu. "Pernah juga terjadi jarak ke rumah sudah dekat tapi saya tak dapat menahan mata. Jadi saya ambil keputusan melelapkan mata di tempat selamat. Kemudian bila sudah segar saya kembali memandu.
Loading FB Post...
"Bukan seminit dua, malah saya pernah tidur selama dua jam dalam kereta. Apatah lagi, saya bertugas sebagai penyampai radio segmen pagi, bulan puasa ini mencabar juga kerana kurang tidur," katanya. Menurut Haiza, suaminya sudah 'masak' dengan tabiatnya itu sehingga menasihati dirinya supaya berhati-hati apabila memilih untuk berhenti di tempat selamat untuk berehat. "Suami saya pesan enjin kereta kena dimatikan, tingkap dibuka sedikit untuk udara masuk dan kawasan nak tidur itu selamat. Bukan main tidur saja di mana-mana kerana boleh membahayakan keselamatan. "Malah, saya juga menyorokkan beg tangan dan tidak meletakkannya di tempat terdedah kerana pernah wujud kejadian rompak juga. Pelbagai langkah keselamatan perlu diambil, bahaya jika tidur dengan membiarkan enjin tidak dimatikan," katanya. Sumber:https://www.hmetro.com.my |
annadonna replied at 25-4-2021 08:55 PM
Kolesterol ko tinggi tu makcik. Pi dapatkan bantuanlah
piao replied at 26-4-2021 12:15 AM
Kolesterol tinggi mmg akan mengantuk ke?
ADVERTISEMENT