Jakarta: Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) didakwa bakal berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun dalam masa terdekat ini.
Calon isterinya dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud, seorang lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur, menurut Tribunnews. Dilaporkan, pernikahan itu juga sudah mendapat kebenaran Ketua Bimbingan Masyarakat Islam Jombang. "Ya, beliau (Ustaz Abdul Somad) sudah daftar di Pejabat Agama Peterongan sebelum puasa," kata Ilham Rohim, semalam yang disiarkan Kompas TV. Ditanya lebih lanjut mengenai majlis itu, Ilham bagaimanapun mengaku tidak mengetahui tarikh sebenar perkahwinan dan lokasi akad nikah yang bakal diadakan.
Sebelum ini tersebar gambar UAS dan perempuan berhijab di media sosial. Calon isteri terbaharu pendakwah itu menjadi tumpuan ramai berikutan masih muda dan jurang usia antara mereka cecah 25 tahun, dengan UAS bakal genap 44 tahun pada Mei ini. Hingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak. UAS pernah berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2008, namun bahtera perkahwinan itu kecundang pada tahun ke-11 dan pasangan berkenaan sah bercerai pada 3 Disember 2019. Mereka dikurnia anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah, selain UAS pernah juga dikhabarkan bernikah dengan selebriti media sosial yang berasal dari Korea, Ayana Jihye Moon. -CARI Sumber: Harian Metro
|
angelofish replied at 25-4-2021 03:41 PM
tak nak ikut sunnah ke? kawen dengan janda tua
KIM.K replied at 25-4-2021 03:47 PM
Besar dugaan ustaz ni..dah elok2 phd buat perangai jalanan
Suchi replied at 25-4-2021 03:50 PM
Betul ke dia penah kawen ngan Ayana korea yg cantik tu? Aduh membazir nya
wasssup27 replied at 25-4-2021 03:56 PM
indo dengar boleh percaya jangan. dulu kpop idol pernah gak diorang buat gosip murahan siwon denga ...
Suchi replied at 25-4-2021 03:50 PM
Betul ke dia penah kawen ngan Ayana korea yg cantik tu? Aduh membazir nya
Suchi replied at 25-4-2021 03:50 PM
Betul ke dia penah kawen ngan Ayana korea yg cantik tu? Aduh membazir nya
KIM.K replied at 25-4-2021 04:09 PM
Iols taktau gosip seberang tapi beliau mungkin mencari sexual gratification
matjerk replied at 25-4-2021 04:34 PM
Apa punca dia cerai dgn yg sebelum ni? Ada siapa boleh jelaskan? Atau ada link nya?
ADVERTISEMENT