Kaherah: Tugas imam memimpin jemaah ketika ibadah solat dan mendoakan kesejahteraan ummah, namun seorang wanita Mesir mengambil kesempatan di atas keluhuran pemimpin itu demi kepentingan peribadinya.
Wanita itu meminta seorang imam sebuah masjid di Iskandariah supaya mendoakan suaminya yang berkahwin lagi malah menawarkan 100 pound Mesir (RM26.17) atau lebih sebagai ganjaran. Media tempatan yang dipetik Gulf News melaporkan, kejadian berlaku ketika imam terbabit memimpin solat Tarawih. Beliau didatangi seorang kanak-kanak yang membawa nota mengandungi mesej ibunya berbunyi, "Saya mendengar suara awak ketika solat. Suara awak sangat merdu dan mendayu, seperti Allah SWT akan mendengar doa awak.
"Suami saya telah mengahwini wanita lain. Tolong doakan sesuatu yang buruk menimpanya dari lubuk hati awak. Saya beri awak 100 pound Mesir dan semakin banyak awak mendoakan dia, lebih banyak wang awak akan terima." Bagaimanapun, tindakan wanita itu hanya mengundang rasa kurang senang imam berkenaan yang kemudian mengambil gambar nota pesanan terbabit dan memuat naik di Facebook miliknya, sebelum ia tular. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Bagaimanapun, tindakan wanita itu hanya mengundang rasa kurang senang imam berkenaan yang kemudian mengambil gambar nota pesanan terbabit dan memuat naik di Facebook miliknya, sebelum ia tular.
Friska replied at 26-4-2021 11:06 AM
Mirip perbuatan madu saya di awal pernikahan saya dan suami. Pakai ustaz, pakai kiyai, pakai dukun s ...
shernazz replied at 26-4-2021 11:51 AM
Madu kau @Modngengade ke?
Friska: Mirip perbuatan madu saya di awal pernikahan saya dan suami. Pakai ustaz, pakai kiyai, pakai dukun segala, tapi alhamdulillah, ndak mempan. Heran saya ...
Friska replied at 26-4-2021 02:22 PM
Ndak mungkin Kakak karena madu saya lebih tua dari suami saya, selisih 4 tahun. Madu saya sekarang ...
Blackrose87 replied at 26-4-2021 02:56 PM
Cakap ja lah dukun kamu itu lebih hebat. Klau tidak, masakan dapat mengambil suami orang.. prmpu ...
shernazz replied at 26-4-2021 06:45 PM
Aduh
Kasiannya
Sakit2 gitu sa ggup pula cari ustaz dukun bagai kan
ADVERTISEMENT