Tindakan seorang guru membawa muridnya ke sebuah kelab bogel membawa padah apabila dia akhirnya dibuang kerja. Richard Glenn dibuang kerja pada Ogos 2019 dan difahamkan kejadian itu berlaku pada Julai tahun sama.
Guru berusia 55 tahun yang mengajar subjek Sains Komputer itu melakukan kesalahan berkenaan ketika dia dan murid-muridnya menyertai satu lawatan sekolah. Lawatan itu melibatkan sekumpulan murid berusia 16 ke 18 tahun. Ketika kejadian, guru itu juga berada dalam keadaan mabuk. Malah, dia juga bertindak agresif terhadap anak muridnya. -CARI
Sumber: mStar/ Daily Star.
|
ADVERTISEMENT