Selepas kekal menjadi duta Jakel untuk tahun kelima, terbaharu keluarga selebriti popular Scha Alyahya, Awal Ashaari dan anak mereka, Lara Alana dilantik pula menjadi duta KFC.
Mereka yang membawa jenama Schawalara adalah duta pertama KFC sekali gus terbabit dalam menjayakan kempen Raikan Cara Kita sepanjang Ramadan dan Syawal ini. Scha berkata, dia sudah terbabit secara aktif dalam program tanggungjawab korporat sosial, Add Hope sebagai jurucakap selama enam tahun. "Add Hope adalah Inisiatif KFC untuk membasmi kebuluran di negara ini. Dari situ, saya melihat dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. "Apabila KFC melamar kami untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai duta keseluruhan jenama ini, kami teruja kerana ia adalah jenama yang dekat di hati kami. Saya berharap banyak lagi yang kami akan lakukan pada masa akan datang," katanya.
|
sopianpian replied at 26-4-2021 11:55 AM
mcm mana diorg boleh jd duta hebat hebat sedangkan kt ig diorg viewers/likers pn sendu je dr artis l ...
sopianpian replied at 26-4-2021 03:55 AM
mcm mana diorg boleh jd duta hebat hebat sedangkan kt ig diorg viewers/likers pn sendu je dr artis l ...
ADVERTISEMENT