Pengarah dan pelakon berkaliber, Tam Suhaimi, 41, mengakui dia masih rindukan dunia lakonan, namun fokus utamanya kini memang lebih terarah kepada kerja belakang tabir sebagai penulis skrip dan pengarah.
Menurut Tam yang tampil dengan drama arahannya, Miss Match di platform WeTV, dia bagaimanapun sekali sekala berlakon juga di dalam karyanya untuk mengubat rindu itu. "Saya sudah berlakon sejak kanak-kanak dan ramai yang masih ingat dengan drama Cili Padi yang disiar TV3 pada 1993 lalu. Malah, saya pun tak sangka, drama itu diingati penonton hingga kini. "Cuma, sekarang kerjaya saya memang dalam bidang pengarahan. Jadi, saya lebih tumpukan untuk penghasilan kandungan drama dan telefilem untuk disiarkan stesen TV.
"Saya tahu ramai juga yang tanya kenapa tak berlakon lagi macam Bell Ngasri yang masih hangat ketika ini. Jawapannya, saya tak boleh nak buat macam Bell buat sekarang. Saya lebih selesa dengan kerja-kerja menulis skrip serta pengarahan," katanya kepada Harian Metro. Menurut Tam lagi, dia juga tidak mempunyai bakat melawak seperti Bell untuk memberinya ruang muncul di dalam program-program komedi di TV. Apapun, katanya dia cukup bangga melihat pencapaian Bell.
|
gekkou replied at 26-4-2021 12:12 AM
uish 41 dah umur dia
cili padiiiiiiii
itu je la aku rasa drama dia yang aku ingat
kiah_mai_pulak replied at 26-4-2021 12:21 AM
teringat kat Anne Ngasri,, dh tak berlakon dh pun kan... bell je lah bernasib baik, laris lg smpai h ...
Themilo replied at 26-4-2021 07:56 AM
rindu nak tengok kakak tam berlakon
gekkou replied at 26-4-2021 12:12 AM
uish 41 dah umur dia
cili padiiiiiiii
itu je la aku rasa drama dia yang aku ingat
arffa replied at 26-4-2021 07:32 AM
Tam ni ada kelulusan tinggi maka dia buat la kerja ikut kemahiran dan apa yang dia belajar dulu. Mas ...
ADVERTISEMENT