Baru-baru ini pelakon Zac Efron tampil dalam sebuah video pendek bagi mempromosikan program Earth Day Musical yang dianjurkan oleh personaliti TV, Bill Nye.
Namun yang lebih mendapat perhatian daripada peminatnya ialah penampilan terbaharu Zac atau nama sebenarnya, Zachary Alexander Efron, 34, yang kelihatan pelik daripada sebelum ini. Rata-rata netizen mengatakan pelakon filem 17 Again ini telah mengambil suntikan filler sehingga menampakkan tulang rahang serta bibirnya semakin melebar. Rakaman video itu kemudian pantas tersebar sehingga menjadi trending di Twitter sejak beberapa hari lalu. Kebanyakan netizen merasakan ia adalah satu perkara sia-sia yang dilakukan Zac memandangkan wajah aslinya kelihatan lebih kacak daripada penampilannya sekarang.
"Apa yang telah dilakukan oleh Zac terhadap tulang rahangnya? "Sekarang tengah kecoh di Twitter beberapa keping gambar memaparkan wajah buruk Zac yang telah disuntik botox dan filler," tulis netizen. -CARI Sumber: mStar/ Pinkvilla
|
exclusive_vvip replied at 26-4-2021 02:08 PM
mcm David Hasselholf zaman muda plak
Qatrunnadaain replied at 26-4-2021 07:15 PM
Semua orang yang iols tengok muka dicucuk outcomenya lagi buruk dari asal. Kalau age gracefully and ...
exclusive_vvip replied at 26-4-2021 02:08 PM
mcm David Hasselholf zaman muda plak
ADVERTISEMENT