Penyanyi, Khai Bahar mendedahkan dirinya rasa kekok untuk melakonkan adegan bercinta dengan rakan pelakon, Riena Diana menerusi drama sulung mereka, Kisah Cinta Rumi.
Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin menjelaskan, gara-gara situasti tersebut, dia terpaksa mengambil masa untuk mendalami karakter heroinnya itu sebelum selesa beraksi bersama di hadapan lensa kamera. “Memang kekok kerana saya tidak kenal karakter Riena sebelum ini, namun kerana drama ini mengandingkan kami sebagai pasangan bercinta, jadi ‘kimia’ itu harus diwujudkan. “Saya juga bersyukur kerana Riena memudahkan kerja dan membuatkan saya selesa.
“Sikapnya yang ceria dan ‘gila-gila’ menjadikan kami lebih mudah untuk membangkitkan kemesraan. Terhibur saya dengan keletah spontannya, yang mana Riena sendiri popular selepas dramanya yang berjudul Kampung People. “Ada sesetengah pelakon, yang membangkitkan rasa bercinta dengan melakukan rutin pasangan yang sedang bahagia. Namun, saya menyekatkan perkara itu di set penggambaran saja dan tidak lebih daripada itu,” katanya kepada MH. Penyanyi Luluh ini berkata demikian ditemui di majlis pelancaran Zikir Damba Ketenangan di Hotel The Pearl, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
|
LadyCarefree replied at 26-4-2021 05:06 PM
Riena ni agak annoying iols block dah semua ig yg iols nampak ada post pasal video dia kat hotfm ke ...
LadyCarefree replied at 26-4-2021 05:06 PM
Riena ni agak annoying iols block dah semua ig yg iols nampak ada post pasal video dia kat hotfm ke ...
NataliaLuiz replied at 26-4-2021 10:47 PM
Dah lama tak tengok drama melayu, tv3 semua tu. Tak kuasa la iols. Lantak kome la serasi ke tak.
LadyCarefree replied at 27-4-2021 06:52 PM
iols lg lah xpernah tngok. Kalau ada gosip bagus sini ada tepek clip baru tengok
ADVERTISEMENT