Menelusuri perjalanan lebih empat tahun mengemudikan bahtera perkahwinan bersama pengarah muzik, Genervie Kam, Hazama juga seperti mana-mana lelaki bergelar suami. Selain bahagia bersama isteri tercinta, dia masih menantikan kehadiran zuriat sebagai pengikat kasih sayang. Namun, aturan Allah melangkaui setiap perancangan manusia.
Bagi Hazama Ahmad Azmi, 37, walaupun belum dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga, dia dan isteri tetap tidak berputus asa. Hazama percaya rezeki untuk dikurniakan anak mungkin belum kunjung dengan izin Allah SWT. “Saya dan isteri bersyukur atas segala rezeki yang dikurniakan. Kami juga berserah kepada qada dan qadar. “Mungkin ada sebabnya. Mungkin Allah tahu dan mengerti yang saya dan isteri masih belum bersedia menggalas tanggungjawab serta amanah sebagai ibu bapa.
“Mungkin saat tibanya masa yang betul-betul tepat dan sesuai, baru Allah hadiahkan kami zuriat,” tuturnya penuh harapan. Tambah Hazama, pelbagai usaha pernah dan telah dilakukan dia dan isteri untuk mendapatkan zuriat termasuk memikirkan rawatan persenyawaan in vitro (IVF), namun rezeki belum memihak kepada mereka. Sumber: Kosmo!
|
ADVERTISEMENT