Fenomena laut terbelah boleh berlaku disebabkan perubahan iklim dan faktor pasang surut air.
Pulau Jindo, Jeollanam-do, Korea Selatan antara salah satu destinasi yang akan berlaku fenomena ini setiap tahun.
Ribuan orang akan berkumpul setiap akhir bulan Mac untuk mengikuti Jindo Miracle Sea Road Festival dan menyaksikan Laut Jindo yang 'terbelah' sepanjang 2.8 kilometer dengan lebar 40 meter yang menghubungkan dua pulau, Pulau Jindo dan Pulau Modo. Laut Jindo yang terbuka membuatkan pemandangannya cukup indah dengan hamparan pasir di sepanjang bukaan itu. Menurut National Geographic News, peristiwa itu hanya berlaku selama sejam sebanyak dua kali sehari sehingga air laut kembali pasang. Masyarakat tempatan percaya bahawa kejadian luar biasa itu berlaku disebabkan oleh dewa laut walaupun penjelasan ilmiah disebabkan graviti bumi yang sempurna. Keunikan ini menjadi tumpuan dunia apabila sekitar tahun 1970-an, Pierre Landy yang juga bekas duta besar Perancis ke Korea Selatan menyatakan kagum dengan fenomena alam itu. Kini, ramai pelancong dari dalam dan luar negara melawat kawasan itu bagi merasai pengalaman luar biasa itu. Sumber: Era.je
|
HappyGumbira: lama btl xg obersi. expired gitu je passport
Meiizu replied at 26-4-2021 10:38 PM
Teringin pegi tapi takut jugak
Govmnt ada bekap plan tak...sediakan feri ke haperr kot tetiber suru ...
Meiizu replied at 26-4-2021 10:38 PM
Teringin pegi tapi takut jugak
Govmnt ada bekap plan tak...sediakan feri ke haperr kot tetiber suru ...
ADVERTISEMENT