Seorang pembunuh yang menjadi banduan pertama dihukum mati di Nevada, Amerika Syarikat (AS) meminta untuk menjalani hukuman itu dengan ditembak daripada menerima suntikan maut. BBC melaporkan, peguam kepada tertuduh Zane Michael Floyd berkata, pelaksanaan hukuman itu mungkin pada Jun, tetapi menyatakan permintaan anak guamnya adalah 'bukan taktik penangguhan.'
Berdasarkan dokumen mahkamah, peguam mengatakan kaedah itu 'kurang menyakitkan.' Penggunaan pasukan penembak untuk melaksanakan hukuman mati jarang berlaku di AS. Peguam pertahanan awam persekutuan, Brad Levenson berkata, Floyd ingin mengelak cadangan suntikan tiga ubat yang dikemukakan oleh negeri itu. Tetapi setiap usaha untuk mencabar proses pelaksanaan hukuman mati itu memerlukan kaedah alternatif dan Levenson mengatakan hukuman tembak menjadi 'cara yang paling berperikemanusiaan.'
Pelaksanaan skuad tembak pada masa ini hanya dibenarkan di tiga negeri iaitu Mississippi, Oklahoma dan Utah dan belum pernah dilaksanakan sejak 2010. Pihak pendakwa mengatakan mereka akan menuntut waran pelaksanaan terhadap Floyd bulan depan dan kemungkinan tarikh pelaksanaan hukuman pada awal Jun. Ia adalah pelaksanaan hukuman mati pertama di Nevada sejak 2006. Sumber: Harian Metro
|
imransulaiman replied at 27-4-2021 10:04 AM
Banduan ni kesalahan apa?
imransulaiman replied at 27-4-2021 10:04 AM
Banduan ni kesalahan apa?
RinIna replied at 27-4-2021 11:28 AM
Tajuk Pembunuh.. maknanya mesti bunuh orang
notM replied at 27-4-2021 11:43 AM
Tembakan rambang di sebuah pasaraya di Las Vegas...membunuh 4 org
notM replied at 27-4-2021 11:43 AM
Tembakan rambang di sebuah pasaraya di Las Vegas...membunuh 4 org
ADVERTISEMENT