Pelakon popular Indonesia, Baim Wong melahirkan perasaan kesal di atas kelewatan pihak kontraktor menyiapkan proses ubah suai kediaman baharunya yang terletak di Jakarta. Menurut Baim atau nama sebenarnya, Muhammad Ibrahim, 40, dia sudah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak sebagai pembiayaan untuk tujuan renovasi teratak baharu keluarganya itu.
"Sudah tujuh bulan proses ubah suai dilakukan namun ia masih lagi belum siap. Malah pihak kontraktor minta beri masa lagi setahun untuk diselesaikan sepenuhnya. "Sekarang saya sudah upah dua orang pekerja untuk memantau perkembangan kontraktor agar segala proses ini dapat disiapkan secepat mungkin," katanya. Pelakon filem Layla Majnun itu juga secara berseloroh sempat mengingatkan peminatnya agar membeli rumah sedia ada agar tidak perlu melalui proses renovasi seperti yang dialaminya kini.
"Pening juga ya... untuk kalian yang mahu beli rumah, beli yang memang sudah siap sedia terbina cantik. "Rumah yang tidak perlu lagi dibaiki... mahal benar kos renovasi (seperti yang dilalui saya)," ujarnya. - Liputan6 Sumber: mStar
|
opie5662 replied at 27-4-2021 09:08 AM
Pakai kontraktor che ta ke.... Hahahahhaha
azimodin: Lek ar.. I buat minor repair je pon dah 2 tahun sangkut. Haramjadah cabinet dapur pon xde pintu. Plaster ceiling yg bercapok pon x dicat balik. Lagi n ...
ADVERTISEMENT